Di samping itu, guru dan teman-teman di sekolah juga mejadi pendorong atau ‘tapak’ untuk membentuk perubahan positif tersebut,” titah baginda semasa merasmikan program Titian Kasih Mega peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman, di sini semalam.
Wednesday, February 17, 2016
Generasi Muda Digesa Bentuk Budaya Positif Hadapi Cabaran Dunia Moden Dan Globalisasi
KANGAR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin
Putra Jamalullail menggesa generasi muda agar membentuk budaya positif
dalam menghadapi cabaran dunia moden dan globalisasi.
Titah baginda dalam menempuh cabaran dunia moden dan globalisasi ini,
rakyat terutamanya generasi muda hendaklah memiliki ‘minda juara’ yang
bersedia melakukan perubahan.
“Jika ada halangan, cari jalan untuk atasi cabaran. Jika ada
masalah, selesaikan secara bijak dan berhemah. Jika kurang ilmu,
belajarlah tanpa jemu.
Di samping itu, guru dan teman-teman di sekolah juga mejadi pendorong atau ‘tapak’ untuk membentuk perubahan positif tersebut,” titah baginda semasa merasmikan program Titian Kasih Mega peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman, di sini semalam.
Keberangkatan baginda disambut Pemangku Pengarah Pendidikan Perlis,
Amran Rejab dan pengetua sekolah Ayub Ahmad. Hadir sama Setiausaha YTSP
Perlis Datuk Johari Darus.
Program motivasi yang masuk tahun kelapan itu dianjurkan oleh Yayasan
Tuanku Syed Putra (YTSP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) Perlis bertemakan “Ke Arah Rakyat Negeri Perlis Bermentaliti Kelas
Pertama.”
Baginda bertitah generasi muda menjadi agenda terpenting dalam
pembangunan sosio budaya dan ekonomi yang seimbang, justeru masyarakat
perlu mengembleng usaha membentuk persekitaran yang baik ke arah
melahirkan generasi muda yang kental jati diri.
Raja Muda yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP)
bertitah usaha mempertahankan perpaduan dan keharmonian kaum serta agama
di negara ini juga perlu diteguhkan demi kemakmuran dan kesejahteraan
hidup generasi kini dan akan datang.
Baginda turut berkenan merasmikan ‘Kitchen Garden’ Program
Pendidikan Kelas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran yang
diwujudkan di sekolah itu untuk memberi pendedahan dan menerapkan
disiplin bekerja dalam kalangan pelajar pendidikan khas di sekolah itu
dan ‘Modul Pembelajaran Pra-Vokasional (Bakeri) PPKI yang bermula
Januari lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment