Wednesday, February 17, 2016
Buat Benda Yang Baik Pun Diprotes.... Kan Pelik Tu : Lihat Sahaja Standard Ketua Mereka
Ini adalah realiti pembangkang di Malaysia hari ini. Suka atau tidak,
kita perlu akui bahawa sangat sukar untuk negara ini mendapat manfaat
dari barisan pembangkang yang ada.
Pembangkang adalah sebahagian dari kerajaan, yang dipilih melalui
pilihanraya yang sah. Oleh yang demikian, mereka seharusnya bersifat
menguntungkan rakyat, atau sebagai medium “check and balance” terhadap
sesuatu isu seperti TPPA dan sebagainya.
Namun, mungkin hanya 0.1% dari sifat mereka yang menguntungkan majoriti
rakyat Malaysia, selainnya tidak ubah persis bangkang dari longkang.
Pemberian kanopi percuma dan keperluan asas berniaga untuk 22,439
penjaja pasar malam di seluruh Kuala Lumpur untuk tujuan penyeragaman
kini dijadikan isu oleh pembangkang.
Apakah sudah ketandusan isu setelah fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada Perdana Menteri terjawab satu persatu?
Pernahkah pembangkang melihat, wakil rakyat BN membantah inisiatif
kerajaan negeri Selangor atau Pulau Pinang yang memberi manfaat kepada
rakyat negeri-negeri terbabit? Maka 100% yakin, kita tidak pernah
melihat senario seumpamanya itu berlaku.
Maka di sinilah bezanya antara otak dan kepala lutut, antara bijak dan bodoh.
Budaya berbakti kepada rakyat, tanpa mengira siapa yang melaksanakannya,
tidak harus dijadikan isu. Bukankah tanggungjawab semua pihak, untuk
meringankan beban rakyat?
Tentunya sangat mudah untuk bermain “blame game”, daripada melaksanakan
inisiatif yang baik kepada rakyat. Mungkin pembangkang risau kerana
inisiatif ini akan memberi “political mileage” kepada kerajaan. Bukankah
sesuatu yang baik, dengan amalan politik murni seperti ini berbanding
politik yang berdasarkan fitnah?
Dasar pembangkang di Malaysia, apa juga yang dibuat dibangkang, waima
tidak mengetahui tentang apa yang dibangkang. Contoh terbaik, lihat
reaksi dan jawapan Ketua Pembangkang apabila ditanya tentang pembinaan
Lebuhraya Pan Borneo.
Kalau sudah begitu standard ketuanya, anda nilaikan pula anak dan kuncu-kuncunya pula.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment