Wednesday, February 17, 2016
'Miss Nora' Ditahan Tawar Khidmat Seks Di Hotel Seluruh Negara
MELAKA : Seorang wanita berusia 33 tahun disyaki menawarkan khidmat seks
di hotel bertaraf empat dan lima bintang di beberapa negeri seluruh
negara ditahan di hotel di Melaka Raya, di sini Sabtu lepas.
Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Rahimin Bani
berkata wanita itu, yang menggunakan nama samaran 'Miss Nora',
menawarkan aktiviti tidak bermoral menerusi media sosial dengan meminta
pelanggan membuat bayaran deposit sebelum 'menempah' perkhidmatan itu.
Beliau berkata wanita yang masih berstatus isteri itu berasal dari Pulau
Pinang, ditahan menerusi serbuan anggota penguatkuasa Jaim hasil aduan
orang awam, kira-kira 10.55 malam di bilik hotel berkenaan.
"Hasil pemeriksaan di bilik tersebut kami menemui sebotol pelincir, 14
kondom termasuk satu telah digunakan, wang tunai lebih RM6,000
dipercayai hasil aktiviti pelacuran yang dilakukannya, dua telefon
bimbit serta sebuah laptop," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.
Rahimin berkata, sebuah buku log mencatatkan jadual perkhidmatan seks di
setiap negeri yang ditawarkan wanita itu turut ditemui di bilik hotel
tersebut.
Beliau percaya wanita itu bergerak ke setiap negeri secara bersendirian dengan menaiki bas.
Katanya wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 75
Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana melacurkan diri dan boleh
didenda RM2,000 atau penjara dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment