Wednesday, February 17, 2016
Setiausaha Cabang PKR Pertahan Kenyataan, Sedia Kemuka Bukti... Inilah Dipanggil Giler Kuasa PKR
SHAH ALAM : Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya, S Murali mempertahankan
pendedahan beliau mengenai tindakan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali
yang memilih 'bulu' dalam isu lantikan Ahli Majlis.
Malah beliau bersedia mengemukakan bukti mengenai perkara ini dan
menafikan ia adalah satu isu yang kecil seperti yang didakwa Setiausaha
Politik Azmin, Shuhaimi Shafiei.
"Saya dengan ini mempertahankan apa yang saya nyatakan dalam sidang
media semalam yang turut dihadiri beberapa pimpinan cabang PKR Selangor
dan saya sedia berdepan dengan siapa sahaja untuk menunjukkan bukti,"
katanya dalam satu kenyataan media.
Ujar Murali, beliau bertindak sedemikian kerana melihat Azmin tidak
menghormati struktur parti dan sedang berusaha mensabotaj parti
diperingkat cabang.
"Saya tegaskan lantikan Ahli Majlis mengenepikan suara Cabang dan ia
usaha melemahkan parti peringkat Cabang yang tidak menyokong Azmin pada
pemilihan lalu.
"Di mana sememangnya Azmin kalah di kebanyakan Cabang dalam Selangor," ujarnya.
Kata beliau lagi Azmin menyalahgunakan peraturan yang ditetapkan oleh
mesyuarat Exco dan hanya menggunakannya apabila mempunyai kepentingan.
"Contohnya Prof Dr.Aziz Bari kerana Azmin takut dengan dia maka usaha
DAP menamakan dia selaku Ahli Majlis Ampang dinafikan kerana alasan dia
duduk dalam kawasan Majlis Selayang.
"Tetapi peraturan ini dibakul sampahkan bila mahu tempatkan kroni mereka," katanya.
Semalam, Murali bersama Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),
Badrul Hisham Shaharin mendakwa Azmin tidak telus dan tidak menghormati
akar umbi parti dalam pemilihan ahli majlis penguasa tempatan di negeri
itu.
Malah bukan itu sahaja, Azmin juga bersikap 'pilih bulu' dan menidakkan
senarai calon Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang
dikemukakan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment