Wednesday, February 17, 2016
Penjelasan Tabung Haji Mengenai Dakwaan Rugi Kerana Pelaburan Dalam FGV
Tabung Haji hari ini mengeluarkan kenyataan menjawab dakwaan Ahli
Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli bahawa ia telah mengalami kerugian
‘atas kertas’ sebanyak RM933 juta akibat pelaburan dalam Felda Global
Ventures (FGV).
Katanya para pendeposit tidak perlu bimbang kerana wang mereka di TH
tidak hilang seperti yang diuar-uarkan kerana simpanan mereka di TH
adalah dijamin.
Menurut kenyataan itu bahawa pelaburan TH dalam saham FGV adalah
pelaburan strategik jangka panjang didalam salah satu sektor pelaburan
terasnya.
“Seperti sedia maklum, pasaran harga komoditi minyak sawit dunia telah
mencatat penurunan yang drastik. Ini menyebabkan syarikat berasaskan
komoditi terjejas secara langsung dan memberi kesan negatif kepada
kaunter-kaunter sektor perladangan.
“Kejatuhan harga komoditi dunia adalah diluar kawalan kerana ia
ditentukan oleh kuasa pasaran yang sedia ada.Justeru, para pendeposit
tidak perlu bimbang kerana wang mereka di TH tidak hilang seperti yang
diuar-uarkan kerana simpanan mereka di TH adalah dijamin,”katanya.
Rafizi menerusi facebooknya kelmarin antara lain mempersoalkan mengapa
TH tidak mengecilkan pelaburannya dalam FGV seperti dilakukan oleh
institusi pelaburan kerajaan lain.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment