Wednesday, February 17, 2016

Ini Bukti DAP Dan PAN ANTI ISLAM!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7OJY0SL1IsgXWad6pwlFz1UvXSK_FM0h6JL_po2an5iMJmVoFzi6xsF-EC5Yu2Wcle_mBxR81awVg300qN_3T5P3hWPha03W8XsYp9IOS8YFFxIkDqzFQwILZp2piFpieLEYhW6c2KkU/s1600/DAP+anti+Islam.jpg
Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng yang mewakili parti cina kiasu itu memaklumkan, DAP membantah keras usaha Malaysia menghantar barisan pertahanan negara menyertai latihan peperangan dengan pasukan tentera dari 20 negara Islam di utara Arab Saudi.

Menurut Lim, bantahan keras ini dibuat DAP memandangkan penyertaan latihan ini tidak mempunyai motif utama dan satu pembaziran kerana Malaysia tidak terlibat dengan mana-mana konflik negara.... Atau bahasa mudahnya, Malaysia tidak mempunyai musuh dan tidak perlu membuat persiapan untuk berperang.

"Jelaskan motif dan tujuan penglibatan negara dalam konflik di rantau asing, dan siapakah musuh-musuh yang mahu ditentang dalam operasi ketenteraan yang bakal berlangsung itu," kata Lim.

Korang nampak tak ISLAMFOBIA yang dipamerkan pemimpin DAP... Mengapa mereka perlu takut sehingga mempertikaikan penyertaan barisan pertahanan negara ke latihan tersebut???

Walhal, latihan ketenteran itu perkara biasa, belanja ketenteraan untuk negara ratusan juta setiap tahun walapun kita tak berperang.... Kalau tiada latihan, apa gunanya ada banyak unit dan rejimen.... Takkan nak duduk standby je??

Selain itu, korang ada perasaan tak masa barisan pertahan negara menyertai latihan yang dibuat oleh Amerika Syarikat, DAP langsung tidak membantah atau bersuara mengenai latihan tersebut??

Kesimpulannya, bantahan ini jelas menunjukkan DAP sememang sebuah parti anti Islam... Dan tidak menolak kemungkinan Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan parti 'adik' DAP merupakan sebuah parti anti Islam.

Untuk menguatkan lagi bukti PAN dan DAP parti anti Islam, mereka sebelum ini membantah keras pelaksanaan hukum Islam yang mahu dilaksanakan Pas sehingga sanggup memutuskan tali silaturahim antara parti tersebut...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment