Wednesday, February 17, 2016
Najib Tak Akan Tunduk Dengan Serangan Mahathir
Tun Dr Mahathir nampaknya masih tidak mahu menyerah kalah walaupun
tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri telah terbukti
merupakan satu fitnah.
Walaupun sudah terbukti bahawa tuduhan yang dilemparkan itu sebagai satu
fitnah untuk menjatuhkan Najib, Mahathir masih tidak tahu erti malu dan
memohon maaf.... Sebaliknya masih mahu menyerang Perdana Menteri itu.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak akan menyerah kalah
dalam usaha untuk menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri, walaupun
anaknya Datuk Seri Mukhriz dan anak buahnya Tan Sri Muhyiddin Yassin
dipecat dari jawatan masing-masing.
"Saya berpegang apabila kita jatuh, kita perlu bangun semula dan cuba
lagi dan lagi. Ia sama ada apa yang kita lakukan itu berbaloi atau
tidak," kata Mahathir.
Cukup-cukuplah Mahathir dengan usaha untuk menumbangkan Najib.... Tak
perlu nak tumbangkan Najib kerana takda pun kesalahan besar yang
dilakukan Najib seperti tuduhan yang dilemparkan.
Lagipun, daripada Mahathir sibuk dengan usaha untuk menumbangkan Najib
sebagai agenda 'balas dendam' terhadap penyingkiran Mukhriz sebagai
Menteri Besar Kedah, lebih baik Mahathir menumpukan usaha untuk
menaikkan jualan Proton yang semakin kecundang dalam pasaran automotif.
Lagipun, Mahathir ingat dengan amaran yang dilaungkan takkan 'menyerah
kalah untuk menumbangkan Najib', Najib akan duduk saja biar Mahathir
bermaharaja untuk memfitnahnya??? Memang tak lah!!!
Najib pun takkan duduk menyerah kalah dengan usaha Mahathir untuk
menumbangkannya... Najib akan terus berjuang menangkis segala tuduhan
fitnah yang dilemparkan Mahathir, sepertimana yang dilakukan Najib
sebelum ini..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment