Tuesday, February 09, 2016
Jangan Politikkan Keputusan Peguam Negara Kaji Semula Hukuman OSA - Zahid
JOHOR BARU : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan keputusan
Peguam Negara untuk mengkaji semula hukuman Akta Rahsia Rasmi (OSA)
1972.
Beliau berkata, keputusan Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak seharusnya
dipolitikkan oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang kerana ia
berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
"Ini harus dihormati. Jika kenyataan peguam negara juga dipolitikkan
maka, kita tidak ada asas untuk menolak kerana beliau mahu menegakkan
perundangan bukan untuk mempolitikkan sesuatu isu... ini tidak harus
dilihat sebagai isu politik oleh sesiapa sahaja termasuk pembangkang,"
katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Khas
bersama Umno Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas mengenai
kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mahu memulakan kempen
media sosial bagi menolak cadangan meminda OSA.
Ia susulan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang memetik Mohamed
Apandi sebagai berkata bahawa beliau sedang menimbang untuk meminda OSA
bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat membocorkan
rahsia negara dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.
Peguam negara itu dilaporkan berkata bahawa beliau melihat kepada
kemungkinan mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan
untuk pesalah.
Mohamed Apandi berkata, wartawan yang didapati melindungi atau enggan
mendedahkan sumber maklumat yang mereka perolehi juga boleh dikenakan
tindakan itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment