Tuesday, February 09, 2016
Cadangan Peguam Negara Serangan Terhadap Kebebasan Bersuara - CIJ... Habis Nak Buat Fitnah Dan Manipulasi Satu Cerita Ke?
Jangan Fikir hak kebebasan bersuara saja je... CIJ.... jangan jadi banganglah.
PETALING JAYA : Cadangan Peguam Negara untuk meningkatkan hukuman dibawah
Akta Rahsia Rasmi merupakan serangan terhadap kebebasan bersuara, kata
Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
CIJ berkata mereka terkejut dengan serangan terhadap peranan kebebasan
bersuara, menulis dan menyebarkan maklumat dalam menegakkan demokrasi di
Malaysia.
"Ini adalah satu petunjuk kepada sebuah kerajaan yang tidak bertoleransi terhadap kritikan dan takut terhadap akauntabiliti.
"Satu kes 'shooting the messenger' untuk mengalih perhatian daripada isu
sebenar iaitu tadbir urus yang baik dan ketelusan dalam sistem
demokrasi," kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelas CIJ lagi, cadangan tersebut memberi isyarat bahawa kerajaan
menggunakan semua undang-undang untuk menyekat dan mengawal hak rakyat
dalam kebebasan bersuara.
"Kami ingin mengingatkan peguam negara bahawa hak kebebasan bersuara di
bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan termasuk hak untuk mendapatkan
maklumat," katanya.
Menurut kumpulan itu, kebocoran yang dilaporkan baru-baru ini
seolah-olah menjadi petunjuk kepada kegagalan kerajaan dalam menangani
isu akauntabiliti dan ketelusan.
"Perlindungan sumber tetap menjadi salah satu perlindungan dan prinsip
yang kuat, bukan sahaja untuk etika kewartawanan yang baik tetapi
sebagai tonggak hak orang ramai untuk mengetahui dan menuntut
akauntabiliti daripada kerajaan.
"Ia membolehkan media memainkan peranan penting dalam mendedahkan salah
laku dan merangsang perdebatan awam mengenai perkara penting," kata CIJ
yang menggesa AG untuk menghalang cadangan tersebut.
Sementara itu, Gerakan Media Marah (Geramm) menyifatkan kenyataan
Mohamed Apandi sebagai ugutan secara terang-terangan dengan mengatakan
bahawa tindakan mengancam media yang hanya menjalankan tugas melaporkan
pekara yang mempunyai kepentingan awam adalah tidak wajar.
"Penggunaan sumber oleh akhbar tidak bermaksud untuk mensabotaj kerajaan tetapi mengejar kebenaran," kata Geram.
Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) masih belum bersedia untuk mengeluarkan sebarang komen mengenai perkara ini.
"Beliau (Mohamed Apandi) hanya berkata kerajaan sedang mengkaji untuk
meminda undang-undang pada masa ini, biarkan mereka buat keputusan
muktamad dan NUJ akan memberi reaksi balas sewajarnya," kata Presiden
NUJ, Chin Chung Siew.
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan
hukuman kepada mereka yang membocorkan rahsia rasmi negara.
Dalam satu temubual ekslusif bersama Sin Chew Daily, Peguam Negara Tan
Sri Mohamed Apandi Ali berkata kes kebocoran rahsia rasmi telah
meningkat dan media sentiasa melaporkan berita mengenainya dengan
memetik sumber.
Beliau berkata Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Rahsia
Rasmi 1972 untuk menghukum mereka yang membocorkan rahsia kerajaan
termasuk penjawat awam, orang awam dan pengamal media yang enggan
mendedahkan sumber berita mereka.
Menurut Mohamed Apandi, hukuman yang sedang dipertimbangkan adalah penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan.
"Di sesetengah negara, membocorkan rahsia rasmi adalah satu kesalahan
serius. Seperti di China di mana kesalahan itu membawa hukuman mati,"
katanya.
Mohamed Apandi menegaskan sekiranya wartawan cuba melindungi atau enggan
mendedahkan sumber mereka, dianggap bekerjasama dengan pensabotaj.
"Kami mungkin mendakwa wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment