Tuesday, February 02, 2016
Sirul Bersumpah Najib Tidak Terlibat Dalam Kes Bunuh Altantuya
PETALING JAYA : Sirul Azhar Umar telah bersumpah bahawa
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam
pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Menerusi satu video berdurasi 55 saat, bekas komando polis itu dilihat duduk dengan mengenggam kedua-dua tangannya.
“Saya mengerti apa kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan seseorang,” kata Sirul.
“Saya
tidak pernah diajar atau diasuh untuk memfitnah seseorang. Adalah
berdosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu.
“Dan saya lafazkan di sini, Wallahi… Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada
terlibat, tidak ada kaitan dengan kes ini,” katanya.
Ia merupakan video ketiga Sirul bersuara mengenai kes pembunuhan Altantuya.
Menerusi video pertama, Sirul berkata, terdapat pihak berkepentingan
yang cuba mensabotaj seseorang, tetapi tidak menyatakan sebarang nama.
Video kedua menunjukkan Sirul mendedahkan “wanita”, yang merujuk kepada Altantuya, tidak mengandung.
Pada 13 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan Sirul dan
anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri bersalah dan disabitkan
atas tuduhan membunuh Altantuya. Sirul Azhar Umar telah bersumpah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak tidak terlibat dalam pembunuhan model warga Mongolia,
Altantuya Shaariibuu pada 2006.Menerusi satu video berdurasi 55 saat,
bekas komando polis itu dilihat duduk dengan mengenggam kedua-dua
tangannya.
“Saya mengerti apa kehendak sesetengah pihak yang
berkepentingan untuk menjatuhkan seseorang,” kata Sirul.“Saya tidak
pernah diajar atau diasuh untuk memfitnah seseorang. Adalah berdosa
besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu.
“Dan saya lafazkan
di sini, Wallahi… Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat, tidak ada kaitan
dengan kes ini,” katanya.
Ia merupakan video ketiga Sirul bersuara
mengenai kes pembunuhan Altantuya.Menerusi video pertama, Sirul berkata,
terdapat pihak berkepentingan yang cuba mensabotaj seseorang, tetapi
tidak menyatakan sebarang nama.Video kedua menunjukkan Sirul mendedahkan
“wanita”, yang merujuk kepada Altantuya, tidak mengandung. Video Astro
AWANI.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment