Wednesday, February 17, 2016
Kah Kah Kah..... Kempen Bantu Mat Sabu Bayar Saman Dilancar
KUALA LUMPUR : Kumpulan aktivis dan NGO politik telah melancarkan kempen Derma #SahabatMatSabu, RM10 seorang hari ini.
Wakil kumpulan aktivis, Hishamuddin Rais berkata, kempen tersebut
dilancarkan bertujuan membantu Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang
diperintahkan mahkamah untuk membayar RM200, 000 dalam kes saman yang
yang dikemukakan oleh bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu atau pihak
yang mengenali Mohamad atau Mat Sabu untuk membantu pemimpin politik
itu.
"Kami mengalukan mana-mana pihak yang berhasrat untuk sama-samamembantu meringankan beban sahabat kami (Mat Sabu).
"Keberanian beliau selama ini telah membangkitkan kelantangan dan
kesedaran rakyat pelbagai kaum untuk bersama-sama memastikan institusi
pengendali pilihan raya, SPR menjalankan tugas seperti yang kita tuntut
dan kita harapkan," katanya ketika ditemui pada sesi sidang media, di
Dewan Restoran Amjal, di sini, hari ini.
P.S : -.... Macam ni Mat Sabu lagi lantang la fitnah sana sini jika banyak
derma dia dapat..keluar kenyataan ikut suka hati demi kepentingan diri
bukan demi kepentingan rakyat..lepas tu nak cakap sebab disaman kerana
keberanian die dan lantang bersuara demi rakyat supaya SPR menjalankan
tugas dengan betul..lagi nak menyusahkan rakyat nak kena bagi derma
dekat die pulak sebab mulutnya yang celupar..kalau orang lain dapat
derma kemain lagi canang sana sini..tapi bila dah tersepit kena diri
pandai pulak nk mintak derma.. Dari aku bantu Mat Sabu lebih baik duit
tu aku guna untuk memberi kepada insan yang betul betul mermelukan
bantuan..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment