Thursday, February 18, 2016
Kereta Peronda Polis Perlu Dipasang Kamera Elak Rasuah
PETALING JAYA : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
mencadangkan kereta peronda polis dipasang sistem kamera untuk
menanggani gejala rasuah dalam kalangan anggota polis. Beliau yang juga Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Malaysia
berkata, ia susulan banyak kes rasuah dalam kalangan anggota polis
menjadi viral di laman sosial.
“Saya pernah cadangkan supaya semua kenderaan polis diletak kamera dan
apa-apa tindakan yang diambil anggota polis dapat dirakam. “Sekarang zaman teknologi, kalau dulu benda ini tidak dijadikan viral
sekarang ini masyarakat ada telefon dengan teknologi canggih.
“Maka trend zaman sekarang ini mereka ambil video dan viralkan. Malah
semasa saya menjadi Ketua Polis Negara, saya mengarahkan mereka memakai
lencana anti rasuah, kalau ambil rasuah mereka akan malu,” katanya dalam
ditemubual khas bersama MACC.fm hari ini.
Dalam temubual itu, Musa turut mengingatkan anggota penguatkuasa supaya
mempunyai etika kerja yang tinggi serta menggelak diri dariapada
terjebak dalam gejala terkutuk itu supaya dihormati masyarakat.
Beliau mencadangkan enam perkara yang perlu diterapkan pihak berkuasa
terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi
memastikan gejala rasuah dapat dikurangkan. “Untuk SPRM menjadi lebih berkesan, enam perkara perlu dipatuhi iaitu
risikan yang bermutu tinggi, penguatkuasaan, pencegahan, pemantauan dan
pemulihan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment