Thursday, February 18, 2016

Sabitan Menghasut Adam Adli Kekal... Padan Mukanya

KUALA LUMPUR : Sabitan terhadap aktivis Adam Adli atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, tiga tahun lalu diputuskan kekal oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menukar hukuman penjara 12 bulan kepada denda RM5,000 dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Adam Adli didakwa memberi ucapan dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang dengan cara tidak sah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi, di sini, antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pada 19 September 2014, Hakim Mahkamah Sesyen, Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Adam Adli. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment