Wednesday, February 17, 2016
Kerja Nak Menipu Saja.... Sekerap RM 2.20/kg, Sekali Kutip 140 kg, Pembangkang Tipu Rakyat Lagi
Pembangkang menipu lagi bila mendakwa pekebun kecil getah di Malaysia
kebulur tidak makan dengan harga komiditi getah hari ini. Semalam
Lembaga Getah mengesahkan bahawa harga sekilo getah sekerap adalah RM
2.20 (subsidi kerajaan RM 0.40) untuk setiap kg, bukan RM 0.80/kg
Secara statistiknya pula, pekebun kecil getah yang menoreh secara purata
300 pokok sehari, mengutip sebanyak 840kg sebulan (anggaran 6 kali
kutip – sekerap kena tunggu beberapa hari untuk beku) atau bersamaan RM
1,848 – cukuplah untuk kerja 2-3 jam sehari. Itu kalau 300 pokok
sehari, peneroka Felda sebagai contoh, ada beribu-ribu pokok, kira
sendirilah.
Itu baru getah sekerap, kalau getah keping, lagilah tinggi nilainya cuma
leceh sikitlah proses getah keping ni, siapa menoreh tahulah. Yang
orang dok bising hari tu sebab sekerap pernah cecah RM 7 sekilo, dah
harga tu pasaran dunia tentukan, nak buat macam mana, tapi takdelah
sampai mati tak makan. Boleh hidup lagi cuma tak mewah macam dulu
sajalah.
Itupun kerajaan masih bantu dengan beri subsidi RM 0.40/kg
Dok banding harga setin sardin dengan sekilo getah ni kerja bodoh, mana
ada orang menoreh sekilo sebulan!! Tapi kalau dah terdesak menipu, apa
pun jadi.
Nasib baik di Malaysia ini tidak ada undang-undang (atau kalau ada,
kurang dikuatkuasakan) bagi mendakwa penipuan perspesi yang sedemikian.
Mentang-mentang dalam kebun tidak ada line Internet, bermaharajelala
mereka membohong di media sosial, yang dok komen pulak ialah jenis yang
tengok pokok getah setahun sekali (bila balik kampung cuti raya).
Sebetulnya, modus operandi yang sebegini adalah biasa di kalangan
pembangkang sebab majoriti penyokong mereka sebenarnya kelompok manusia
yang mudah sangat ditipu. Ambik gambar sikit, video skit, rakam separuh
lepas tu sebar macam betul.
Jadi rakyat sekali lagi diminta usah terpedaya dengan pembohongan yang
seperti ini, menipu saja macai ni semua, kalau tak menipu macam mana nak
cari makan agaknya ya. Tanamkan dalam hati, asal apa isu yang
pembangkang mainkan, semua itu hanyalah pembohongan semata-mata.
Cakap pasal kenyataan Lembaga Getah semalam, kita nak tegur sikit,
kenyataan tu akademik sangat, yang nak difahamkan ni (orang pembangkang
terutamanya) sama ada tak berapa cerdik atau bukan peduli sangat
istilah-istilah yang ‘orang getah’ saja faham ni.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment