Wednesday, February 17, 2016

Takut Ahlinya Larilah Ni.... Dakwaan Ahli PAN Sertai PAS Hanya Gimik Politik

KOTA BHARU : Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan menjelaskan dakwaan mengatakan terdapat ahli parti itu yang kembali menyertai PAS hanyalah bersifat gimik politik.

Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Abdullah berkata, beliau yakin kenyataan itu dibuat setelah reaksi balas rakyat Kelantan yang menyambut baik kehadiran PAN di negeri ini.

“Saya tidak dapat maklumat ada ahli PAN yang mahu kembali, tetapi bagi saya kenyataan dua pimpinan Pas dari Kelantan itu kesan daripada sambutan orang ramai terhadap Amanah.

“Beberapa ceramah yang kita buat khususnya di kawasan kubu PAS seperti Pengkalan Chepa dan beberapa tempat lain mendapat sambutan luar biasa, ada tempat mencecah kehadiran lebih 1,000 orang, ini sudah tentu memberi kesan kepada mereka,” katanya yang dipetik media.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengesahkan terdapat ahli PAN yang bakal kembali menyertai PAS sekaligus menguatkan kerajaan Kelantan.

Mohd Amar berkata, tindakan itu dibuat setelah mereka yang berkenaan sedar apabila penerangan yang dibuat pihaknya sebelum ini.

Wan Rahim bagaimanapun menjelaskan, parti tidak bermasalah sekiranya terdapat ahlinya yang ingin kembali kerana PAN mengamalkan konsep demokrasi.

“Kita tidak ada masalah, ahli berhak memilih perjuangan yang mereka mahu, kita kena terima ini adalah politik,”katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment