Wednesday, February 17, 2016
KFA Bakal Didenda FAM Kerana Campur Adukkan Politik Dan Sukan???
Mungkin ada diantara penyokong skuad Helang Merah dalam perlawanan Liga
Super Kedah menentang Terengganu yang berlangsung di Stadium Darul Aman
semalam rindukan kelibat Bekas Menteri Besar Kedah merangkap Bekas
Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Yela sebab Mukhriz kerap memberi semangat dan hadirkan diri dalam setiap
perlawanan bola sepak yang melibatkan skuad Kedah. Tapi semalam
kelibatnya hilang, dan selepas ini juga tidak akan kelihatan lagi kepala
botaknya tu.
Namun apa yang menyedihkan apabila masih terdapat segelintir penyokong
Kedah yang tidak dapat menerima hakikat atas ketiadaan Mukhriz. Malah
tindakan mereka yang juga dipercayai MACAI Mukhriz ini seperti tidak
menghormati suasana perlawanan.
Perlu ke dalam sukan pun hendak dicampur dengan politik?? Apabila
perlawanan menghampiri minit-minit akhir, puluhan ribu mata tertumpu
kepada satu kain rentang yang tertera slogan “Hidup Mukhriz”. Kain
rentang tersebut dinaikkan kononnya bagi ‘mengenang’ nasib Mukhriz dan
mungkin juga rindu.
“Banner Hidup Mukhriz tiba-tiba muncul di Stadium Darul Aman” tulis satu laman page Mukhriz Mahathir FC.
Patut ke tindakan tersebut dilakukan?? Tak fikir ke akan mengguris hati
Menteri Besar yang baru. Tindakan segelintir macai Mukhriz yang bodoh
membentangkan kain rentang tersebut memaksa pihak polis yang bertugas
mengawal keselamatan mengambil tindakan.
Terjadi sedikit kekecohan antara penyokong Kedah dan pihak berkuasa.
Tambah menghangatkan lagi keadaan apabila geng Ultras Kedah seperti
menyokong tindakan membentangkan banner ‘Hidup Mukhriz” tersebut. Mereka
melaungkan nyanyi “Kami nak Najib undur” beberapa kali.
Tindakan Ultras Kedah tersebut bagaimana pun mendapat tentangan dari
seorang penyokong Kedah yang mendesak tindakan tersebut dihentikan.
Timbul sedikit perang mulut dan kekecohan. Walaubagaimana pun peperangan
mulut yang hampir menimbulkan pergaduhan itu berjaya ditenangkan oleh
pihak polis.
Sangat tak wajar apabila suasana perlawanan bola sepak dicemari dengan
perangai buruk macai Mukhriz ini. Belajar la terima hakikat yang kita
tak selamanya diatas. Melampau sangat! Orang datang nak tengok bola
bukan mainan politik bodoh macai Mukhriz tu....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment