
Wednesday, February 17, 2016
Anak Perempuan Mukhriz Dijangkiti Virus H1N1

Mengejutkan apabila menerima satu berita bahawa anak perempuan bekas
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Melia Serena Mukhriz
dijangkiti wabak atau virus H1N1. Perkhabaran mengejut tersebut
dikongsikan oleh Serena sendiri serta kakaknya, Meera Alyanna atau lebih
manja dengan panggilan Ally di laman Instagram milik mereka.
Virus H1N1 atau lebih dikenali dengan nama selsema burung atau pun lebih
famous dengan panggilan selsema babi ini seperti yang korang sedia
maklum sangat di geruni dan boleh membawa kepada kematian, jika tidak
menerima rawatan pencegahan.
Tidak pasti dimana serena dirawat, sama ada di hospital luar negara atau
pun di hospital tempatan. Namun dikhabarkan tahap kesihatan Serena
semakin pulih dan stabil. Menurut ahli keluarganya, Serena sudah boleh
keluar daripada hospital hari ini. Gomez rasa dia dirawat di hospital
tempatan, ekoran Serena memuatnaik satu video dia menonton perlawanan
bola sepak di kaca televisyen bersama ayahnya semalam.
Virus H1N1 sangat merbahaya dan tiada ubat yang mujarab untuk
menghilangkan wabak tersebut selain mengambil langkah pencegahan. Ramai
orang takut dengan virus yang dibawa oleh haiwan seperti burung dan ayam
ini kerana ianya merebak dengan pantas.
Walaupun kadar kematian kes H1N1 masih rendah, kita perlu ingat kadar
berjangkit selesema H1N1 sangat tinggi dan mudah berjangkit berbanding
penyakit-penyakit lain. Justeru itu, bilangan kes boleh meningkat dengan
cepat.
Dinasihatkan supaya orang ramai menjarakkan kedudukan korang dengan
pesakit yang menghidap penyakit H1N1 sekurang-kurangnya 1 meter.
Dilarang untuk menyertai atau meminimumkan majlis perjumpaan. Kerana
wabak ini boleh berjangkit melalui batuk dan air liur.
Kebersihan tangan juga harus dijaga dan dicuci dengan cara dan langkah
yang betul dengan lebih kerap. Pengudaraan di sekitar kawasan rumah juga
harus dijaga dengan baik sebagai langkah pengcegahan.
Individu-individu yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak H1N1
adalah pesakit asma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit
kronik paru-paru bila perlu ke tempat awam yang sesak atau ramai orang.
Orang-orang yang macam ni dinasihatkan untuk memakai mask hidung.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment