
Wednesday, February 17, 2016
Penyanyi Genji Busker Tak Reti Jaga Bini Sendiri???

Kelakar sangat bila saya tonton satu video yang tersebar di laman
sosial Facebook, perihal isteri si Genji Busker ni kena raba dan dipeluk
oleh seorang lelaki warga asing. Bukan tak kesian tapi hmmmmm. Siapa
tak kenal Genji Busker… Geng-geng Caliph Busker jugak yang selalu dok
busking di sekitar ibu kota sehingga lewat pagi.
Apa yang menghairankan saya, bini hang yang kena raba tapi kenapa nak
salahkan kerajaan pulak?? Nak salahkan menteri-menteri dan pucuk
pimpinan negara apesal? Hang yang tak tahu nak jaga keselamatan dan
kehormatan isteri sendiri, tapi kenapa harus kerajaan yang
dipersalahkan?
Apa tanggungjawab Genji ini sebagai seorang suami? Bukankah melindungi
isterinya… Kalau nak cakap yang isteri dia pakai tudung dan tak boleh
diraba, so bagi perempuan yang tak pakai tudung tu boleh dirasa sesuka
hati ke? Atau boleh buat hubungan seks terus ke macam mana?
Kenyataan yang dikeluarkan Genji ini agak menjatuhkan air muka seorang
wanita yang tidak bertudung jugak la. Walaupun bini dia tu ‘bertudung’
tapi itu tak bermakna dia lepas dari tumpuan orang ramai, tambah-tambah
warga asing. Ehhh, kalau dah tahu bini hang tu bertudung apesal keluar
lewat-lewat malam sehingga ke cerah, walaupun bersama dengan suami??
Kalau sudah rasa bini hang tu cukup alim untuk diraba… Simpan jela bini
hang tu kat rumah biar hang sorang je yang keluar cari rezeki dengan
berbusking hang tu. Kalau dah tahu di ibu kota sekarang ni tak selamat
sebab ramai sangat warga asing, so buat apa bawak bini sekali kalau tak
boleh nak pantau keselamatan bini tu.
Bila dah kena raba macam ni boleh pulak nak salahkan kerajaan sebab
bawak masuk ‘terlalu banyak’ warga asing untuk tujuaan pekerjaan. Ehhh,
apesal tak salahkan masyarakat belia jugak sebab malas kerja dan jijik
nak kerja kotor hingga memaksa kerajaan bawa masuk warga asing.
Kalau geng belia rajin kerja dan tak memilih kerja, mesti kerajaan tak
bawa lebih ramai warga asing. Lagi satu nak tanya Genji Busker, geng
kaki raba, kaki rogol, kaki mencabut dan sebagainya ni semua warga asing
sahaja ke?? Orang tempatan tak pernah meraba?? Merogol??
Aieeee… Bengap jugak statement Genji ni. Sudah ditakdirkan warga asing
yang nak raba nak buat macam mana. Itu kalau orang kita yang raba bini
dia…. Dia nak salahkan kerajaan jugak ke? Sebab tak letak signboard
dilarang meraba di sekitar ibu kota?? Nak cakap pakai otak sikit bro!
Kalau dah nak cari rezeki sampai lewat ke pagi, elok tak payah la bawak
bini tu. Tak payah nak moral support dari bini sangat la kalau bini
sendiri tak tahu nak jaga.
Lagi pulak tanggungjawab cari rezeki ni kerja orang lelaki, perempuan
memang bahaya keluar lewat-lewat tambah pula PAKAI TUDUNG. Orang cakap
takde maruah bro! So tak payah la nak nasihat pak menteri sangat, better
cermin diri sendiri tu dulu, mana tanggungjawab hang untuk jaga bini
hang?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment