Wednesday, February 17, 2016

Kutipan Derma Untuk Bebaskan Pemfitnah. Apa Hukumnya?

bisikan
“Fitnah itu lebih kejam dari membunuh”. Begitulah kata-kata yang sering menjadi santapan halwa telinga kita tatkala hadir ke majlis-majlis ilmu. Bahkan, ayat tersebut sangat sinonim dengan lafaz seharian masyarakat kita, yang membawa pengertian akan bahaya fitnah.

Ramai yang bersetuju, inilah realitinya dunia akhir zaman, dengan anak-anak panah fitnah berterbangan menuju di tubuh-tubuh umat Muhammad. Fitnah memenuhi ruang angkasaraya.

Sungguh pun begitu, adakah kita sekadar mengiyakan, meredhakan dan tidak mengambil usaha untuk membanterasnya? Percayalah, dengan usaha dan tawakkal, tiada apa yang mustahil dengan izinNya.

Mungkin benar dunia hampir kiamat, apabila kini, pemfitnah ingin dibela oleh golongan-golongan tertentu dengan melancarkan tabung kutipan derma bagi mengelakkan si pemfitnah diistihar muflis.

Dunia akhir zaman, bila parti yang diwakili pula menawarkan diri untuk menjadi penerima sumbangan, dengan alasan untuk mengelakkan fitnah. Bukankah ianya juga berbentuk subahat?

Aneh, ianya hadir dari sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam dan sering mengaitkan diri mereka dengan beberapa nama-nama ulama kontemporari.

Bagaimana Islam boleh berkompromi dalam soal fitnah? Bagaimana di dalam Islam, kita dibenarkan membela orang yang dijatuhkan hukuman kerana fitnah?

Rasulullah SAW bersabda:

“Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka jahanam sejauh antara timur dan barat.” - Riwayat Muslim

Kata “fitnah” berasal dari bahasa Arab yang berarti kekacauan, bencana, cobaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan dengan berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang.

Rasulullah SAW ditanya tentang perilaku apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam surga. Jawab Baginda “Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika Baginda ditanya:” Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka. “Baginda menjawab:” Kejahatan mulut dan kemaluan “.

Semoga kita dijauhkan dari amalan fitnah, serta dilindungi dari fitnah-fitnah syaitan yang sedang hebat bertebaran di dunia ini. Amin.

Waallahua’alam.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment