Wednesday, February 17, 2016

Aminuddin Sedia Terima Jawatan Exco

http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.184323!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg
“Saya masuk politik untuk berkhidmat kepada rakyat. Jadi jika ditawar mengekalkan jawatan Exco di bawah kepemim­pinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah saya sudi terima.”

Itu jawapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Aminuddin Omar (gambar) ketika ditanya mengenai pendiriannya jika turut tersenarai dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu yang dijadualkan mengangkat sumpah Isnin ini.

Beliau yang kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan negeri menjelaskan tidak mempunyai masalah untuk menerima kepemimpinan baharu diketuai Ahmad Bashah.

“Serba salah saya nak cakap kerana bimbang boleh menimbulkan salah faham. Apa yang boleh saya katakan, saya boleh terima kepemimpinan baharu.

“Saya sedia terima apa jua amanah yang dipertanggungjawabkan. Ini bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk rakyat,” katanya ketika dihubungi media di sini hari ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment