Thursday, February 18, 2016

Macai Pakatan Tuduh Polis Pulau Pinang Bunuh Amin Beyond

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTrd3wzLaacO4O8tP13NmQ_PbMwbMQDFzRfGj_z-u75qImccWNA_fEa2SEn3B8nNoHF3_Gx2m3tA5-wLdNaHn6_DC3NOFJSs2-rW4x6dcS5QzIurowpCJX8Mxzrc-ejZYFA6unpAOwxQc/s640/PicsArt_02-16-11.52.58.jpg
Seorang macai Pakatan atau lebih tepat macai DAP dikesan di laman sosial Facebook dengan menggunakan akaun Mohd Shariman Shahrir. Macai ini dilihat sangat obses dan tunduk rapat dengan pemimpin Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Bukan main lagi beriya-iya mempertahankan segala tindak tanduk dua beranak tu.

Apa yang menarik perhatian kita melalui posting di Facebook miliknya. Melalui satu status ini, Shariman menuduh polis Pulau Pinang terlibat di dalam kes pembunuhan Amin Beyond, tokey nasi kandar di Pulau Pinang yang dibunuh dengan enam das tembakan.

Kematiannya dikatakan berpunca dari permusuhan perniagaan. Namun ada juga yang mendakwa puncanya adalah disebabkan gangster Kit Siang. Yela, sebab sebelum ini Amin Beyond sangat lantang mengkritik pentadbiran Kit Siang dan Guang Eng yang menindas rakyat di negeri tersebut. Mungkin sebab tu kena bunuh.

Tetapi macai DAP ini menuduh tindakan pembunuh yang melepaskan tembakan sambil menunggang motorsikal berkuasa tinggi sama persis seperti geng anggota Unit Tindak Khas (UTK) buat kerja. Jadi adakah dia menuduh polis Pulau Pinang yang bunuh Amin Beyond??

Tambahnya ‘shot grouping’ yang mensasarkan bahagian cermin si pemandu adalah tindakan yang sangat professional anggota UTK. UTK outrider sememangnya dilatih untuk menunggang superbike, sama persis seperti pembunuh mangsa. Jelasnya lagi, kalau korang tak percaya korang boleh tanya Sirul Azhar Umar, suspek pembunuhan Altantuya model Mongolia yang lari ke Australia.

Hairannya macai DAP ni juga turut menuduh anggota UTK jugalah yang membunuh Altantuya. Entah dari mana rumusan yang mamat ni dapat, sehingga menuduh pihak polis pula yang lakukan pembunuhan mengerikan ini.

Kalau korang nak tahu UTK ini selaku Unit Elit Anti-Keganasan dan pakar dalam peperangan bandar. Maknanya kalau nak banteras penjenayah merbahaya dorang ni la yang handle dan lakukan aksi ganas.

Mungkin motif sebenar macai DAP sebarkan fitnah palsu ini semata-mata bagi menutup pekung sebenar gangster DAP. Sebab dengar khabar angin, Kit Siang memang ada kumpulan gangster yang menjaganya dan sanggup lakukan apa sahaja deminya. Jadi tak mustahil kalau gangster DAP yang buat semua kerja ni, lepas tu lempar tahi kat UTK Pulau Pinang pulak...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment