Thursday, February 18, 2016

Sindiket Jual Nombor Giliran Di JPJ Salah Siapa??

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.188268.1375155933!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
Terdapat sumber yang mendakwa, bahawa di pusat perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) tercemar dengan kehadiran beberapa kumpulan sindiket yang menjalankan kerja-kerja menjual nombor atau angka giliran.

Selalunya kita dengar kes-kes seperti ulat tiket bas dan sebagainya, tapi kali ini semakin advance apabila ‘lahirnya’ sindiket baharu iaitu menjual angka giliran. Biasa lah kalau nak dapatkan perkhidmatan, contohnya seperti nak renew lesen, bayar bil atau sebagainya kita perlu ambil angka giliran.

Kadang-kadang tu terlalu ramai yang hendak berurusan hingga makan masa berjam-jam untuk tunggu giliran kita sampai. Menurut seorang sumber ini, ketika sedang menunggu giliran untuk renew lesen tiba-tiba ada seorang mak cik berbangsa India datang menyapanya.

Menawarkan angka giliran yang lebih cepat ekoran pada ketika itu angka gilirannya masih jauh dibelakang. Tapi bukan bagi saja tau, aunty India tu nak jual dengan harga RM50. Menurut sember tersebut, rupanya masih ramai geng-geng aunty tersebut sedang menunggu untuk mencari mangsa.

Patut la angka giliran mencecah ribu-ribu, padahal orangnya tidak la ramai mana. Tidak pasti dimana kejadian ini berlaku kerana tidak dinyatakan oleh sumber tersebut, namun kejadian menjual angka giliran di pejabat JPJ sangat mengejutkan.

Persoalannya, macam mana geng-geng sindiket ini mampu dapatkan angka giliran yang awal dan ‘stok’ angka giliran yang banyak. Tak kan ada orang dalam JPJ bersepakat dengan dorang ni?? Eshhhh, tak mungkin.

Atau mungkin dorang memang tunggu kat mesin angka giliran tu dan tekan nombor banyak-banyak, kemudian tunggu diluar untuk mencari mangsa. Tapi tak kan takde pengawal keselamatan atau staff-staff JPJ yang sedar akan kegiatan dorang ni?? Hurmmmm, pelik dan mistik betul.

Jadi dalam masalah macam ni pada siapa kita nak persalahkan?? Adakah pihak JPJ kerana tidak peka dengan kegiatan dorang ni, atau pengawal keselamatan yang bagi muka dan bersekongkol dengan mereka? Tapi kadang-kadang ada sesetengah pusat perkhidmatan takde orang yang jaga mesin angka giliran, sebab tu la geng ni naik kepala.

Kalau iye pun terdesak nak cari duit, perlu ke sampai nak menipu dan menyusahkkan orang awam macam ni? Patut la lama sangat nak tunggu kalau kita nak dapatkan perkhidmatan macam tu, ada sindiket rupanya. Harap pihak bertanggungjawab pantau kegiatan dorang ni..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment