Wednesday, February 17, 2016

Netizen Cabar Husam Buktikan Tuduhan Liar Ke Atas Tabung Haji

azmi arshad 1
“Saya mencabar Dato Haji Husam bukti dakwaan terhadap Tabung Haji bahawa “kontraktor pertama Kompleks baru TH berhampiran KLIA telah mengundurkan diri bersama 70% bayaran sekalipun menyiapkan hanya 30% kerja”. Mohon balas. Terima kasih.”

Begitulah cabaran yang dilontarkan kepada Husam Musa oleh netizen, Azmi Arshad berhubung dakwaan Husam ke atas Tabung Haji yang telah dimuat naik menerusi di laman FB miliknya.

Mengikut Azmi Arshad, beliau telah melakukan “homework”, lantas berkeputusan untuk mencabar status tersebut yang dikhuatiri sebagai “berniat jahat” terhadap institusi penting bagi umat Islam, sungguh pun berselindung di sebalik “pertanyaan” semata.

Bukan sahaja cabaran ini dimuatnaik di laman sosial FB milik Azmi sendiri, malah beliau turut mengutarakan perkara yang sama, melalui komentarnya di laman FB milik Husam Musa.
azmi arshad
Seorang lagi netizen, Adam Zack dalam  komentarnya di status milik Husam Musa menyokong cabaran Azmi Arshad dengan menulis “Saya amat berharap yang YB Dato menerima cabaran Sdr Azmi Arshad utk membuktikan yang kata kata Dato mengenai TH berasaskan bukti bukti yang sahih. Ramai yg menunggu jawapan Dato.”

Komentar dari Farina Raja Idris-Carr pula berbunyi “Benarkah kontraktor pertama Kompleks baru TH berhampiran KLIA telah mengundurkan diri bersama 70% bayaran sekalipun menyiapkan hanya 30% kerja?” If he had stopped there, than it’s a valid question but he continued with the assumption, “… Itu sudah berjumlah RM 210 juta dari RM 303 juta jumlah asal harga projek yang dijadual siap tiga tahun lalu -2013. Bermakna TH sangat pemurah – tetapi boleh dikira mengkhianati amanah pencarum, iaitu rata-rata orang Melayu.” which make it a fitnah.

Cabaran tersebut tidak hanya dibebankan kepada Husam semata, malah Rafizi juga dibenarkan membantu dalam usaha mencari bukti-bukti sahih terhadap “dakwaan di dalam kesamaran” oleh Husam Musa.

Semoga Husam Musa pantas menjawab cabaran oleh Azmi Arshad, sepantas keretapi laju yang pernah diilhamkannya.

Itu pun jika Husam berani untuk tidak berkata “Saya hanya bertanya sahaja”, atau “Saya hanya bergurau”.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment