“Ia bukan sikit..macam-macam ada dalam tu..jam ada, kasut ada, baju ada, kain ada..pasal lalu tepi saya,” kata Dr Mahathir.
Wednesday, February 17, 2016
Menantu Najib Jawab Tuduhan Mahathir Mengenai 16 Tong Hadiah
Menantu Perdana Menteri, Daniyar Kessikbayev
menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Najib Tun
Razak memberi 16 tong hadiah kepada keluarga beliau pada majlis
pertunangan dengan Nooryana Najwa pada 17 Jun 2011.
Daniyar menjelaskan, hadiah itu sebaliknya adalah pemberian pihak
keluarga lelaki kepada keluarga Perdana Menteri dan juga bakal tunangnya
ketika itu, Nooryana Najwa.
Katanya, tidak pernah wujud 16 tong hadiah seperti yang didakwa Dr
Mahathir tetapi hanya 16 kotak hadiah yang diberikan kepada tunangnya,
yang menjadi sebahagian tradisi masyarakar Kazakhstan.
“Saya ingin menjelaskan bahawa hadiah berkenaan adalah daripada saya
sebagai mahar kepada Nooryana yang diberikan dalam 16 kotak bukannya 16
tong.
“Sebagai bakal suami pada masa itu, pemberian tersebut merupakan
sebahagian daripada tradisi masyarakat Kazakhtan untuk bakal isteri pada
masa akan datang termasuk barang kemas, minyak wangi dan sutera.
“Pemberian hadiah ini wajar untuk keluarga saya mengekalkan tradisi
kami. Malah kami berbangga untuk berkongsi warisan Kazakhstan bersama
keluarga baru di Malaysia,” katanya kepada media.
Daniyar berkata, pemberian hadiah tersebut merupakan hasil titik
peluhnya sendiri bukannya menggunakan wang keluarga atau wang Kerajaan.
“Saya tidak mempunyai apa-apa urusan atau sebarang bentuk perniagaan
dengan kerajaan Malaysia. Saya juga tidak mengambil wang daripada rakyat
Malaysia yang tercinta,” katanya.
Sehubungan itu, Daniyar dengan penuh hormat menggesa Dr Mahathir
supaya berhenti menggunakan perkahwinannya dengan Nooryana Najwa sebagai
subjek politik.
“Saya dengan rasa hormat meminta Dr Mahathir berhenti menggunakan
perkahwinan saya, isteri saya dan saya sendiri untuk kepentingan
politik.
“Saya percaya Dr Mahathir sebagai seorang ahli politik yang bijak,
seorang bapa dan suami pandai menilai apa yang salah dan apa yang betul
untuk bercakap,” katanya.
Daniyar dan Nooryana Najwa berkahwin pada 19 Mac 2015.
Baru-baru ini, Dr Mahathir mendakwa majlis pertunangan anak Perdana
Menteri, yang pernah dihadirinya sebelum ini menyediakan hadiah sebanyak
16 tong untuk diserahkan kepada bakal menantunya.
“Saya pi (pergi) dia punya majlis bertunang. Saya terkejut, 16 tong hadiah dua orang askar angkat. Ini tong bukan dulang.
“Ia bukan sikit..macam-macam ada dalam tu..jam ada, kasut ada, baju ada, kain ada..pasal lalu tepi saya,” kata Dr Mahathir.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment