Wednesday, February 10, 2016
Mana Rafizi? Selepas TH Umum Dividen, Pendeposit Mahu Masukkan Semula Wang Ke Akaun TH
Disebabkan tindakan Rafizi
Ramli, Naib Presiden PKR menyerang dan menjatuhkan imej serta
kredibiliti Tabung Haji (TH), ada juga sebahagian pendeposit telah
bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka dari TH tersebut.
Ia bermula apabila TH diserang kununnya membail out syarikat milikan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) sehingga berpusu-pusu penyokong pembangkang khususnya dari PAS
bertindak mengeluarkan semua wang simpanan yang mereka ada dalam TH.
Mereka telah terpengaruh dengan dakyah dan cerita karut marut yang di bawa oleh pemimpin mereka sendiri seperti Rafizi.
Itu semua cerita dahulu, dalam tahun
lepas apabila kebanyakan netizen di media sosial marah betul dengan TH
mengenai isu berkenaan, sehingga menyebabkan TH hilang keuntungan besar
melalui projek TRX.
Tapi pada hari ini lain pula yang
berlaku, ada dari kalangan mereka yang pernah bertindak bodoh
mengeluarkan semua wang simpanan dalam akaun TH telah ‘terliur’ pula
dengan dividen yang diumumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji.
Siapa tidak ‘terliur’ jika lapan peratus
diberikan bagi mereka yang menyimpan dan mendaftarkan diri untuk
mengerjakan ibadah Rukun Islam kelima itu.
Jadi persoalannya sekarang siapa yang
harus bertanggungjawab dalam perkara ini dan siapa yang harus
dipersalahkan daripada terpengaruh dengan fitnah serta pembohongan yang
‘maha besar’ itu?
Masih mahu salahkan Kerajaan? Masih mahu
salahkan Najib Razak? Sedangkan yang patut dipersalahkan
terus-terusan mampu tersenyum lebar kerana dia sendiri sedang menikmati
dividen yang diberikan oleh TH tersebut.
Siapa yang ditipu dan diperbodohkan? Ya,
jawapannya anda yang terpengaruh dan bertindak mengeluarkan wang
simpanan anda dari akaun TH. Padan muka!!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment