Thursday, February 11, 2016
Mat Sabu Campak Mikrofon Ke Muka Anwar
Aksi terlampau Presiden Parti Amanah Malaysia (AMANAH) Mohamad Sabu yang
bertindak mencampak mikrofon ke arah poster Anwar Ibrahim ketika
berucap di hadapan penjara Sungai Buloh dalam Himpunan 365 #BebasAnwar
#BebasRakyat semalam mencuri perhatian ramai.
Tindakan kasar Mat Sabu tersebut membuktikan nilai-nilai agresif
pemimpin pembangkang negara ini dalam berpolitik sanggup melakukan apa
sahaja untuk memegang kuasa mengundang kemarahan netizen di media
sosial.
Laman Facebook PAN yang menyiarkan rakaman video Mat Sabu mencampak
mikrofon bagaimanapun mendakwa presiden parti itu berbuat demikian bagi
melahirkan rasa marah dan mengajak rakyat Malaysia bangun melawan
Barisan Nasional (BN).
“Usia sudah 60 tahun tetapi rakyat Malaysia belum lagi berubah. Ayuh
adakah kita seorang pejuang atau hanya slogan mahu menyedapkan hati
saudara kita (Anwar Ibrahim),” kata Mat Sabu lalu mencampakkan mikrofon
kepada gambar Anwar di belakangnnya.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Rahimi Ismail dalam
komennya berkata: “Kurang waras dah Ahmad Sabu ni… mungkin parti PAN
semakin tidak mendapat sambutan, kesian Bang Mat”.
Ashryl Ahmad pula berkata: “Baling microphone atas pentas sendiri buat
haper.. sungguh biadap Mat Sabu… Presiden PAN tunjuk contoh yang buruk…
di kawasan kami nanti INSYAALLAH Mat Sabun tak akan di jemput….”
Seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan akaun Mohd. Hazim
berkata: “Selamat dia baling ke arah belakang kalau dia baling ke arah
audience…memang biol kena”
Beberapa lagi pengguna Facebook menyindir akhlak buruk Mat Sabu dan
perut beliau yang semakin buncit kerana Mat Sabu sering mendakwa rakyat
Malaysia tidak cukup makan di bawah pemerintahan BN.
Himpunan 365 yang diadakan semalam hanya disertai 800 peserta ternyata
gagal kerana hanya beberapa sahaja pemimpin yang hadir iaitu Presiden
PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
Anwar, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden Parti Amanah
Negara (PAN), Mohamd Sabu dan Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub
serta gagal mendapat sokongan penuh dari DAP. Hanya seorang sahaja
pemimpin DAP yang hadir iaitu Ng Sue Lim.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment