Wednesday, February 10, 2016
Mat Sabu Mengamuk Maki Rakyat Malaysia Depan Penjara
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menganggap rakyat Malaysia pengecut kerana
tidak mempunyai keinginan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak.
"Kita semua pengecut," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat
Sabu, memarahi orang ramai yang berkumpul untuk menyambut ulang tahun
pertama bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dipenjarakan di hadapan
Penjara Sungai Buloh malam tadi.
Dalam nada menyindirnya, Mat Sabu mengeluh rakyat tidak bertindak maka Najib akan terus berkuasa.
"Kita akan tetap berdiam, kita ada kekuatan suara tetapi ‘malu-malu
kucing’ seperti suara jantan (lelaki) tapi hati betina (wanita),"
katanya.
Tambahnya lagi kerana rakyat Malaysia pengecut, katanya," kita dan negara telah ketinggalan".
"Berapa lama lagi kita akan tinggal seperti ini?” soalnya.
Mat Sabu berkata, walaupun Indonesia, Thailand dan Myanmar telah
melakukan transformasi politik yang berjaya, Malaysia masih lagi
terperangkap ulanginya lagi
"Berapa lama lagi kita akan tinggal seperti ini?”
Walaupun penghinaan dilemparkan, penyokong kelihatan bersorak
seolah-olah bersetuju dengan pendapat beliau apabila memanggil mereka
pengecut. Dengan ‘meminta maaf’ kepada hadirin kerana gagal menjatuhkan
kerajaan Umno- Barisan Nasional.
"Anda semua pengecut, mengaku jerlah!" beliau berkata, dan kedengaran hadirin ada yang menjawab "Ya".
Mat Sabu mengakhiri ucapannya dengan nada marah menyeru kepada rakyat untuk bangkit dan melakukan perubahan.
“Sampai bila kita nak jadi begini, usia pun sudah menjelang 60 tahun,
belum lagi berubah rakyat Malaysia. “Ayuh Melayu, Cina, India, Kadazan,
Murut, semua kaum tanya diri kita..."
"Apakah kita pejuang atau bermain slogan untuk menyedapkan hati saudara
kita di penjara sana. Cis! Mari kita bangun!” jerit beliau sebelum
mencampakkan mikrofon di atas pentas, mengejutkan segenap hadirin dan
pengacara majlis malam tadi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment