Wednesday, February 10, 2016
Penyokong Mukhriz Terbalikkan Bendera BN Sebab Hilang Sumber Dedak?
Setelah seminggu Kedah memperolehi Menteri Besar baru, situasi politik
di Kedah kini seakan-akan pentas lawak apabila ada sekumpulan individu
secara sengaja menggantung bendera BN dalam keadaan terbalik di
sepanjang jalan utama negeri tersebut.
Difahamkan, tindakan itu dibuat untuk menunjukkan kononnya terdapat
tanda penolakan akar umbi terhadap pelantikan Ahmad Bashah sebagai
menteri besar baharu. Ia juga dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang
pro Mukhriz kerana hilang mata pencarian selepas 'bos' mereka hilang
jawatan.
Perbuatan itu mula diviralkan di laman sosial sejak 7 Februari lalu
melibatkan beberapa lokasi di sekitar Jerlun, Jerai, Kubang Pasu dan
Bandar Baharu.
Tinjauan media mendapati, di sekitar jalan utama Sungai Petani, Jerai,
Guar Chempedak, Alor Setar, Jerlun dan Kubang Pasu mendapati tiada
bendera BN yang kelihatan dipasang terbalik.
Malah pemerhatian di Wisma Umno Jerlun dan Pusat Khidmat Dun Ayer Hitam juga tidak memasang bendera BN mahupun Umno.
Hanya di Pusat Khidmat Dun Bakar Bata, Wisma Umno Jerai dan Wisma Umno
Kubang Pasu sahaja yang kelihatan memasang bendera parti di pintu masuk
bangunan berkenaan.
Konflik dalaman Umno bermula apabila kesemua kepimpinan Umno Kedah dan
wakil rakyat secara konsensus menyatakan hilang kepercayaan dan
keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah dan
Pengerusi Umno Kedah pada 20 Januari lalu.
Keputusan itu dibuat setelah semua Ketua Umno Bahagian, Ahli Parlimen,
Adun dan Ketua-ketua sayap parti sebulat suara mahu Mukhriz undur dan
melepaskan jawatan tersebut.
Adun Ayer Hitam itu juga dikatakan gagal mengurus tadbir kerajaan negeri
secara berkesan selain tidak menunaikan manifesto PRU13.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid
turut mengesahkan menerima maklumat tersebut setelah ia diviralkan di
media sosial, baru-baru ini.
“Saya percaya tindakan protes di satu-satu kawasan itu mungkin berlaku
tapi belum dapat gambaran sah daripada Umno Bahagian berkenaan.
“Kita tidak mahu ambil tindakan drastik, sebaliknya minta Umno Bahagian
salurkan maklumat berkaitan untuk memudahkan kita mengambil tindakan,”
katanya.
Jelasnya, perbezaan pendapat antara sesama individu dan pemimpin adalah
perkara biasa, namun tindakan menggantungkan bendera parti dalam keadaan
terbalik adalah keterlaluan.
“Bermacam kemungkinan boleh berlaku termasuk sabotaj daripada pihak
luar. Bagaimanapun, setiap Umno Bahagian tahu apa tindakan yang harus
mereka lakukan,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Daerah Kubang Pasu
(MDKP) Zainal Abidin Muhamad ketika dihubungi mengesahkan insiden
bendera BN digantung dalam keadaan terbalik, baru-baru ini.
“Kita ada menerima aduan berhubung kejadian bendera parti digantung
terbalik di beberapa lokasi sekitar Jerlun. Tapi antara lokasi yang kita
dapat kesan adalah di Padang Perahu.
“Pihak Penguatkuasa MDKP juga telah diarah menurunkan semua bendera tersebut pada hari berkenaan dengan segera,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment