Wednesday, February 10, 2016
Memahami Kenapa Rafizi Jadikan Tabung Haji Sasaran?
EDITOR MENULIS
10 FEBRUARI 2016....
Bermula dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) dan kini Tabung Haji pula menjadi sasaran. Membaca serangan demi
serangan terhadap Tabung Haji khususnya oleh Rafizi Ramli, kita
tertanya-tanya apakah motif beliau berbuat demikian?
Hakikatnya, tidak salah untuk beliau membangkitkan persoalan tetapi
janganlah sampai hendak menabur fitnah. Jelas sekali dalam keadaan
kehabisan modal untuk memburuk-burukkan kerajaan, Rafizi menjadi Tabung
Haji pula sebagai sasaran.
Beliau terus berusaha menampil diri kononnya sebagai ‘pejuang
menentang penyelewengan’. Terbaru Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa,
rizab Tabung Haji terus mencatatkan kedudukan negatif pada 2015 iaitu
bagi dua tahun berturut-turut. Dakwa Rafizi, pemberian bonus dan dividen
baru-baru ini bukanlah bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji kukuh.
Ini bukanlah kali pertama, Rafizi membentangkan fakta-fakta yang
bertujuan menimbulkan keraguan rakyat kepada kerajaan tetapi sudah
banyak kali. Malangnya, keberanian Rafizi bertempat, ketelusan beliau
penuh dengan kepura-puraan.
Ia memandangkan apabila tuduhan dilemparkan dan ia dijawab oleh
kerajaan beserta dengan fakta sekaligus menepis tohmahan beliau, Rafizi
tidak berkata apa-apa, sebaliknya beliau beralih pula kepada isu lain
demi meraih keuntungan politik.
Kalau betullah Rafizi benar-benar yakin beliau pejuang kebenaran maka
diharapkan beliau juga tidak keberatan untuk membuat permohonan supaya
kes beliau dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan
Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) disegerakan.
Seperti mana kata Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Azalina
Othman Said kes itu sudah berpanjangan selama empat tahun dan pematuhan
terhadap BAFIA adalah penting kerana ia adalah penanda aras kepada
sektor kewangan negara.
Bagaimanapun saya berpendapat, dalam isu ‘serangan’ terbaharu
terhadap Tabung Haji, biarlah Rafizi terpekik terlolong sendirian.
Beliau sebenarnya hanya mahu mencari publisiti murahan selepas
‘serangan demi serangan’ yang beliau lancarkan ke atas Tabung Haji
selama ini tidak memberikan sebarang kesan.
Kalaulah Rafizi tidak lagi yakin dengan kedudukan kewangan Tabung
Haji, kenapakah mahu terus menjadi penyimpan di situ. Tarik keluarlah
semua simpanan beliau yang dikatakan cukup banyak itu.
Saya yakin Rafizi tidak akan berbuat demikian kerana segala yang
beliau lakukan dalam isu melibatkan Tabung Haji bukanlah ikhlas demi
memperjuangkan nasib penyimpan-penyimpan tetapi semata-mata mahu
mempolitikkan Tabung Haji.
Kalau ikhlas sudah tentulah beliau akan mengikut jejak
pemimpin-pemimpin Pas yang mengadakan perbincangan dua hala dengan
Tabung Haji bagi merungkai segala persoalannya yang berada dalam ‘kepala
otaknya’.
Tetapi Rafizi setakat ini tidak berbuat demikian, sebaliknya mahu
terus menjadi ‘jaguh kampung’ dengan melakukan tindakan membuat tuduhan
tidak berasas terhadap Tabung Haji. Apapun saya percaya, helah
politik Rafizi tidak ke mana. Ia memandangkan Tabung Haji sudah
membuktikan keteguhannya melalui pembayaran bonus dan dividen baru-baru
ini, yang Rafizi dikatakan turut ‘mengaut keuntungan besar’.
Apapun kepada Rafizi teruskanlah corak politik songsang anda dengan
cuba menampilkan diri sebagai pembongkar penyelewengan tetapi
percayalah, buatlah apapun kebenaran tetap kebenaran sama juga dalam kes
BAFIA yang sedang beliau hadapi.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment