Wednesday, February 10, 2016

Pulak Dah, Rafizi Suruh Kekal Deposit TH, Siapa Keliru Siapa Sekarang?

.facebook_1455016425842
Umum tahu, tidak banyak institusi kewangan di negara ini yang mampu memberi pulangan tinggi kepada pendepositnya seperti Tabung Haji. Pemimpin pembangkang macam Rafizi pun tahu itu, sebab itulah dia simpan beratus ribu duitnya dalam Tabung Haji.

Secara tak sedar, Rafizi mengakui bahawa Tabung Haji diuruskan dengan baik oleh kerajaan sedia ada maka itu mampu catat untung berbilion ringgit.

Kenyataan ini bagaimanapun berbeza dengan kenyataan awal tahun dulu.  Macam-macam buruk dikatakan Rafizi mengenai Tabung Haji, ada juga serangan terbuka terhadap Pengerusinya, tapi hari ini setelah kaup entah berapa banyak duit dari Tabung Haji dalam bentuk bonus dan dividen, Rafizi ubah kenyataan pulak.

Engkau cakap semua pasal Tabung Haji ni buruk, tapi kenapa engkau masih suruh orang kekal deposit, ke kau yang nak kekal deposit dalam tu sebab nak buat duit? – kaedahnya begitu cakap dengan orang tak faham bahasa ni.

Sekarang siapa kelirukan siapa? Tuduh Tabung Haji kelirukan rakyat tapi dalam masa yang sama dia pun kekal simpanan dalam Tabung Haji – disebalik semua benda buruk yang dikatakan terhadap agensi kerajaan tersebut. Takde intergriti langsung.

Membuktikan penipuan pembangkang sekarang sudah sampai tahap merugikan duit rakyat, nasib baik tak semua yang keliru, masih ada 8 juta lebih lagi pendeposit Tabung Haji yang kekal dengan agensi tersebut – termasuk Rafizi sendiri...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment