Wednesday, February 10, 2016

Setahun Anwar Dipenjara Kerana Meliwat

Anwar dipenjara
Hari ini genap setahun Anwar dipenjarakan kerana kesalahan meliwat. Puak-puak Pakatan cuba nak hasut rakyat untuk percaya bahawa Anwar dipenjarakan selama 5 tahun itu bukan sebab liwat pembantu peribadinya pada Jun 2008, tapi kerana politik.

Disana sini ditaburlah poster-poster yang mengatakan bahawa Anwar ini adalah tahanan politik, bukan pesalah seksual seperti yang kita semua tahu.

Menunjukkan, mereka pun tahu dan sedar bahawa seorang peliwat tidak layak untuk jadi Perdana Menteri di negara ini, maka itu gambaran tersebut perlu ditukar, dari pesalah jenayah liwat kepada tahanan politik.  Mat Salleh yang lebih liberal pun tak terima pesalah jenayah liwat jadi Perdana Menteri, inikan pulak negara Islam macam Malaysia.

Itu semua sebenarnya hanyalah permainan persepsi, hakikatnya, tidak ada apa yang politik mengenai sabitan jenayah yang dikenakan  ke atas Anwar, segalanya dibuktikan secara saintifik.

DNA asal air mani dijumpai dalam rektum yang kita cakap ni, politik macam mana pulak DNA asal air mani boleh jumpa dalam rektumnya Saiful?  Kalau nak masukkan dalam dubor ikut cara lain tu mungkin boleh, tapi sumber air mani tu macam mana pulak dapat?

Tak tahukah kalau dia keluar air mani macam keluar air kencing – kotorlah sikit kita cakap ni, tapi itulah pun cara nak bagi senang faham.

Ini logiknya yang perlu rakyat fikirkan sebelum buat keputusan untuk percaya bahawa pemenjaraan Anwar adalah satu konspirasi politik seperti dicanangkan para pengikutnya yang kita tahu majoriti cakap tak serupa bikin itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment