Tuesday, February 09, 2016
Mohon Keampunan Dari Allah.... Itu Katanya
SHAH ALAM : Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menjelaskan
beliau tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya sewaktu menghadiri
sebuah majlis Perayaan Tahun Baru Cina di Wangsa Permai menyerupai Dewa
Cao Guo Jiu
Katanya, beliau mengenakan pakaian berkenaan selepas penduduk di situ memaklumkan ia adalah pakaian ala Maharaja China.
“Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk
perayaan masyarakat cina dengan sebab itu saya percaya pakaian itu
adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama.
“Sebagai menghormati majlis budaya bangsa lain, saya tak menolak untuk memakainya,” katanya lagi.
"Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukan
saya. Kalau saya tersalah dari segi hukum, saya mohon keampunan dari
Allah dan saya mohon maaf jika ada yang tersinggung. Saya yakin Pas
dipimpin oleh Kepimpinan ulamak dan mereka lebih arif dari segi hukum
dalam masyarakat majmuk seperti Selangor. Apa pun pandangan nanti, saya
terima".
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment