Wednesday, February 10, 2016

Mukhriz “Incompetent”, Tidak Hormat Raja !!!

http://www.lelakisihat.com/wp-content/uploads/mukhriz-mahathir.jpg
1. Bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir masih belum menerima realiti beliau kehilangan jawatan Menteri Besar kepada seorang ahli politik berpendidikan SPM (Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah) dan seorang Perdana Menteri yang beliau panggil bengap beberapa bulan lalu.

2. Hari ini bangun dari mimpi yang lama, Mukhriz membuat kenyataan membelasah kerajaan dan Perdana Menteri sebagai tidak menghormati Raja-Raja Melayu. 

3. Kata Mukhriz, sudah empat bulan berlalu sejak Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di Istana Negara pada 7 haribulan Oktober, 2015. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai keprihatinan Majlis terhadap “keresahan dan kebimbangan Rakyat apabila kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah Rakyat mentadbir negara” dikritik. Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

4. Ada dua kesilapan besar Mukhriz apabila cuba membabitkan Raja-raja Melayu dalam isu perseilisihan bapanya dengan Perdana Menteri. 

5. Pertamanya, tidak benar dakwaan kerajaan memandang lekeh atau rendah pandangan Pre-Council Majlis Raja-Raja Melayu pada Oktober lalu. Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika itu dengan pantas memberi respon “bahawa Pihak kerajaan sentiasa mengambil berat dan menghormati titah-titah Majlis Raja-Raja.”

6. Kita kena maafkan Mukhriz kerana beliau sememangnya diketahui kurang membaca. Justeru beliau bukan sahaja tidak mengetahui jawapan-jawapan Kerajaan dan 1MDB, malah tidak mungkin faham kompleksiti perniagaan 1MDB.

7. Mukhriz mungkin ditonjolkan sebagai ahli perniagaan yang berjaya. Cuba lihat apakah perniagaan beliau yang tidak membabitkan kerajaan dan GLC. Beliau hanya membina kekayaan melalui membawa masuk teknologi untuk dijual kepada GLC.
1MDB1 
8. Jika beliau membaca dan faham perniagaan tentulah beliau dengan mudah faham carta-carta yang ditunjukkan oleh 1MDB menjelaskan dari mana hutang RM 42 bilion yang menjadi pertikaikan tersebut datang. Dan Mukhriz harus bertolak dari penjelasan tersebut jika mahu menjadi juara isu 1MDB.

9. Namun sekali lagi, Mukhriz bukan seorang pembaca yang baik. Malah beliau juga bukan seorang pemikir yang baik. Beliau hanya bernasib baik dilahirkan sebagai anak Tun Mahathir. Tidak perlu bekerja keras dalam perniagaan dan politik kerana sering dibantu dan ditatang.

10. Kesilapan kedua ialah membabitkan kenyataan pre-council Majlis Raja-Raja Melayu dalam usaha beliau menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak. Mukhriz kena faham tujuan sesuatu mesyuarat pre-Council ialah untuk menentukan agenda Mesyuarat sebenar dan menyelesaikan isu-isu kecil untuk dibawa dan disahkan dalam Mesyuarat sebenar.

11. Apabila Mukhriz menggunakan kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengenai butiran pre-Council menunjukkan beliau tidak faham bahawa pandangan dalam pre-council bukan sesuatu yang mempunyai legitimasi. Sangat aneh Mukhriz sebagai bekas Menteri Besar tidak faham makna tersebut. 

12. Sudah tentu kita menghormati Titah Majlis Raja-Raja Melayu walaupun ia hanyalah kenyataan pre-Council. 

13. Soalnya siapakah yang tidak menghormati titah Majlis Raja-Raja, Mukhriz dan Mahathir atau Kerajaan?

14. Majlis Raja-Raja dengan jelas menitahkan, “Jika terbukti terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, maka Kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha dan maksud siasatan tersebut mencapai kejayaan.”

15. Adakah Mukhriz memberi kerjasama yang sebenar dan jujur dalam siasatan 1MDB? Sehingga kini tiada satu pun bukti dan fakta diberikan oleh Mukhriz mahu pun bapanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis dan Bank Negara dalam tuduhan-tuduhan bahawa berlaku penyelewengan dalam 1MDB.

16. Jika Mukhriz mengetahui ada penyelewengan dalam 1MDB bukankah tanggungjawab beliau memberi bukti? Jadi siapakah yang tidak patuh kepada Titah Majlis Raja-Raja Melayu? Kerajaan yang melancarkan siasatan melalui Polis dan Bank Negara atau Mukhriz yang sibuk melempar fitnah tanpa memberi sebarang “hard evidence”?

16. Mukhriz kena ingat titah pre-Council Majlis Raja-Raja Melayu, “Pemimpin-pemimpin hendaklah senantiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan Negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.”

17. Adakah Mukhriz akur kepada titah ini apabila mewujudkan suasana tidak harmoni di Kedah akibat pertukaran Menteri Besar? Adakah Mukhriz akur titah ini apabila beliau menyindir Perdana Menteri sebagai bengap sedangkan beliau sendiri tidak menyatakan apa yang beliau tidak puas hati dengan jawapan 1MDB?

18. Sekarang kita cabar Mukhriz buat sidang akhbar jelaskan dengan terperinci apa yang beliau tidak puas hati dengan jawapan-jawapan 1MDB. 

19. Setakat ini Mukhriz hanya burung kakaktua yang mengulangi tuduhan-tuduhan bapanya tanpa memberi respon semula kepada jawapan-jawapan yang telah dibuat oleh 1MDB.

20. Jika kita baca keseluruhan kenyataan Mukhriz jelas beliau tidak menulis butiran terperinci apa yang beliau dakwa berlaku penyelewengan dalam 1MDB. Penulis tidak fikir Mukhriz benar-benar faham dengan apa beliau cakap.

21. Kenyataan akhbar Mukhriz hari ini hanya mengesahkan beliau seorang yang “incompetent” atau tidak cekap untuk menguruskan organisasi politik dan pentadbiran kerajaan. 

22. Beliau tidak faham isu, beliau tidak mampu membuat penaakulan yang kritis terhadap isu-isu berbangkit dan akhirnya beliau tidak akan faham mengapa beliau hilang jawatan Menteri Besar. 

22. Kelebihan beliau hanyalah boleh berucap, “bapa saya kirim salam kepada tuan-tuan dan puan-puan”.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment