Tuesday, February 09, 2016
Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Datuk Yaakob Mohammad
KUALA LUMPUR, 8 FEBRUARI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Setiausaha Kerja
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Datuk Yaakob Mohammad yang meninggal
dunia awal pagi ini.
“Takziah kepada keluarga Datuk Yaakob Mohammad, bekas Setiausaha
Kerja UMNO dan BN di atas pemergiannya pagi tadi. Moga roh Allahyarham
dicucuri rahmat sentiasa,” tulis Najib menerusi akaun Twitternya.
Yaakob, 67, meninggal dunia pada kira-kira 2 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Damansara, di sini akibat komplikasi paru-paru.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Bukit Kiara di sini pada kira-kira 10.30 pagi ini, selepas
disembahyangkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Bagi tempoh 1991 hingga 1997, Allahyarham pernah memegang jawatan
sebagai Setiausaha Kerja BN, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Setar
dan Ketua Biro Kebajikan dan Kemiskinan UMNO Alor Setar, selain menjawat
jawatan Setiausaha Kerja UMNO bermula 1988.
Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerja BN bermula
1991 hingga September 2009 dan dilantik sebagai anggota Dewan Negara
pada 2002.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment