Tuesday, February 09, 2016
Peminjam PTPTN Terlibat Banjir Dinasihat Berbincang Untuk Penjadualan Semula Pinjaman
ALOR GAJAH : Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) yang terlibat bencana banjir dinasihatkan berbincang
dengan perbadanan itu untuk penjadualan dan penstrukturan semula
pinjaman mereka.
Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata perbadanan itu
prihatin dengan beban yang dipikul peminjam akibat bencana banjir dan
sentiasa bersedia untuk berbincang bagi meringankan beban ditanggung
peminjam.
Sehubungan itu, beliau berkata peminjam tersebut boleh datang sendiri
ke mana-mana kaunter PTPTN seluruh negara untuk melakukan perbincangan
itu.
“Penstrukturan dan penjadualan itu boleh kita buat sehingga beberapa
tahun bergantung keperluan serta syarat yang diambil maklum seperti umur
peminjam sehingga 60 tahun dan sebagainya.
“Tetapi apa yang jadi masalah ialah jika peminjam itu langsung tidak
berjumpa kita dan terus berhenti membayar balik pinjaman mereka tanpa
beritahu kita, jadi jumpa kita dulu, kita sedia untuk berbincang,”
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO berkata demikian
selepas mengadakan lawatan ke kawasan yang dilanda banjir di sini.
Seramai 3,092 orang daripada 670 keluarga dipindahkan di Melaka
sehingga 12 tengah hari ini akibat bencana banjir yang melanda negeri
ini sejak semalam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment