Tuesday, February 09, 2016
Pengumuman Bonus Tabung Haji… Sekali Lagi Fitnah Gagal !!!
KUALA LUMPUR : Pengumuman Bonus oleh Lembaga Tabung Haji
(Tabung Haji) tempohari pada kadar sebanyak lima peratus selain tambahan
Bonus Haji sebanyak tiga peratus kepada pendeposit sekali lagi
menyaksikan segala tohmahan yang dilemparkan kepada intitusi umat Islam
itu sebelum ini yang kononnya bangkrap fitnah semata-mata.
Justeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohamad Azahar
Ibrahim menggesa pihak-pihak tertentu agar segera menghentikan segala
tindakan seperti sebelum ini yang menimbulkan pelbagai tohmahan dan
persepsi negatif terhadap institusi terbabit.
Menurut beliau cukup-cukuplah mendendangkan berita-berita palsu
khususnya penyebaran di media sosial dan pelbagai platform lain kerana
persepsi negatif seumpama itu tidak akan memberi manfaat sehingga ada
yang termakan hingga ke tahap mengeluarkan segala simpanan mereka.
“Macam-macam
kita dengar dan macam-macam kita dapat lihat di media sosial bagaimana
Tabung Haji diserang. Cakap Tabung Haji tak mampulah nak bayar bonus dan
macam-macam lagi yang kita tengok dan dijadikan bahan pula oleh
sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyerang kerajaan.
“Alhamdulillah…hari ini sekali lagi segala-galanya terbukti fitnah
dengan pengumuman bonus oleh institusi umat Islam itu. Saya amat
berharap perkara ini bukan sahaja menjadi pengajaran malah akan turut
membuka mata mereka-mereka di luar sana yang mudah melatah dengan berita
separuh masak dan benar,” katanya kepada media.
Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini mengumumkan Bonus Bagi
Tahun Kewangan 2015 pada kadar sebanyak lima peratus sebagai bonus
tahunan yang akan diberikan kepada 8.85 juta pendepositnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata, malah Tabung Haji juga turut memberikan Tambahan Bonus Haji
sebanyak tiga peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji
meliputi 8.23 juta akaun pendeposit, menjadikan mereka mendapat bonus
keseluruhan lapan peratus.
Mohamad Azahar seterusnya menambah pengumuman tersebut bukan sahaja
menafikan pelbagai spekulasi sebelum ini malah menggagalkan hasrat
sesetengah pihak yang cuba mencari keuntungan politik untuk melihat
kebencian rakyat terhadap kerajaan tidak berhasil.
“Kita percaya serangan terhadap Tabung Haji adalah berkait rapat
dengan usaha untuk memburukkan kerajaan. Tetapi itulah berkat doa semua
pihak akhirnya Tabung haji mempamerkan keupayaannya tersendiri dalam
menjamin simpanan pendeposit.
“Malah secara tidak langsung menunjukkan Tabung Haji terus utuh
sebagai sebuah institusi umat Islam yang diakui oleh semua pihak bukan
sahaja dalam menguruskan bakal jemaah haji malah dalam urusan kewangan.
“Saya sekali lagi amat-amat berharap perkara ini dijadikan tauladan
dan pengajaran. Janganlah kita terlalu cepat melatah dan sebagainya
kerana apa yang penting adalah maklumat yang sahih dan tepat,“ katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment