Tuesday, February 09, 2016
Semua Pihak Perlu Bersatu Pergiatkan Pembangunan Perak – Zambry
IPOH : Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
meminta semua pihak agar bersatu padu untuk mempergiatkan usaha dalam
memacu pembangunan ekonomi negeri, agar ia lebih berdaya saing.
Beliau berkata bagi mencapai hasrat itu, semua pihak perlu mengetepikan sebarang perbezaan fahaman politik agama dan budaya.
“Kemajuan Perak yang mampan dapat mewujudkan ekonomi lebih sejahtera dan inklusif.
“Perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum amat penting dan
mampu mengukuh serta menstabilkan ekonomi,” katanya ketika berucap
ringkas pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan
Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kedua Datuk
Seri Ong Ka Chuan; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat
Nayan, anggota exco kerajaan negeri serta Pengerusi PCCCI Datuk Liew
Sew Yee.
Pada majlis itu, kira-kira 2,000 tetamu menikmati pelbagai hidangan
termasuklah ‘Yee Sang’ selain menyaksikan beberapa persembahan tradisi
masyarakat Cina.
Zambry turut menyampaikan angpau kepada 120 anak yatim dari sekitar Lembah Kinta.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment