Wednesday, February 10, 2016
Perdana Menteri Gesa Kurangkan Perbelanjaan Protokol, Fokus Pada Rakyat
"Dalam setahun dua ini, saya telah merasmikan banyak majlis serta membuat lawatan kerja di sekitar negara.
Alhamdulillah, saya nampak rakyat menerima baik pendekatan sebegini agar
masalah mereka mendapat perhatian dan penyelesaian secepat mungkin.
Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya yakin kita boleh
lakukan dengan lebih baik lagi berkaitan dengan lawatan kerja serta
majlis rasmi yang saya hadiri.
Pada 6 Januari yang lalu, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pertama bagi
tahun 2016, saya telah mengingatkan Kabinet dan kementerian-kementerian
untuk membelanjakan peruntukan yang diberi secara berhemah.
Ingin saya tambah bahawa ini merangkumi perbelanjaan yang digunakan
ketika sambutan lawatan kerja serta majlis rasmi bersama saya atau
menteri-menteri lain. Berdasarkan pemerhatian saya melalui
lawatan-lawatan kerja yang saya lakukan baru-baru ini, saya dapat lihat
masih ada perbelanjaan yang boleh kita kurang atau elakkan.
Saya berterima kasih untuk segala persiapan menyambut kehadiran saya.
Saya faham sekiranya ada protokol yang perlu diikuti, tetapi di mana
boleh, kita kurangkan persiapan seperti karpet merah, hidangan istimewa
dan sebagainya. Fokus utama kita adalah rakyat, bukan protokol.
Setiap lawatan kerja yang saya lakukan, adalah untuk bersama dengan
rakyat, mendengar masalah mereka dan mencari jalan penyelesaian bersama.
"1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."
DATUK SERI NAJIB RAZAK
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment