Wednesday, February 10, 2016
Remaja Pakistan Potong Tangan Sendiri Demi Cinta Pada Nabi Muhammad SAW
Di Islamabad, seorang remaja lelaki yang berusia 15 tahun menyangka diri
dia telah kufur nekad bertindak memotong tangannya sendiri.
Remaja yang tak didedah namanya itu memotong tangan sendiri selepas
seorang imam yang memberi syarahan di sebuah masjid di wilayah Punjab
menyuruh sesiapa yang tak sayangkan Nabi Muhammad S.A.W supaya
mengangkat tangan..
Difahamkan, remaja terbabit mengangkat tangan kerana tersilap faham
dengan soalan yang diajukan oleh imam tersebut.. Disebabkan itu dia
dituduh kufur dan digesa bertaubat.. Dek kerana takut, remaja itu terus
pulang dan memotong tangan dia sendiri menggunakan sabit.
Selepas dia potong tangan dia, kemudian tangan itu dibawa kepada imam
tersebut diatas dulang.. Kata remaja tersebut, dia tak menyesal dengan
tindakan dia kerana ia demi mempertahankan Islam..
Bagaimanapun, imam tersebut ditahan polis Pakistan atas tuduhan
menghasut kebencian dan membahayakan nyawa mangsa yang dituduh kufur..
Difahamkan, kekufuran isu amat sensitif di Pakistan dan orang ramai
sering membunuh sesiapa dianggap menghina Islam..
Urmm, menakutkan! Walau macam mana pun, Miss berpendapat remaja itu tak
perlu nak potong tangan dia sebab dia bukan sengaja pun nak angkat
tangan.. Dia just tersilap faham je dengan soalan diajukan ye tak.. Tak
pasal-pasal kundung sebelah tangan.. Hurmmm....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment