Wednesday, February 10, 2016

Siti Nurhaliza Telah Diperbodohkan Oleh Rafizi Ramli

Siapa yang tidak mengenali Setiausaha Agung PKR dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Sepanjang beliau menceburi politik, bukan sedikit fitnah yang ditaburkan kepada pengikutnya. Malah, fitnah-fitnah yang ditaburkannya, turut berjaya menarik perhatian ramai pihak termasuk selebriti terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza dikenali kerana beliau merupakan penyanyi paling berjaya di Malaysia. Malah kecenderungan politiknya yang lebih memihak kepada kerajaan nyata mampu menarik ramai pihak menyokong kerjaya seninya.

Namun, sebaik sahaja Rafizi Ramli dan barisan pembangkang negara ini mendakwa Tabung Haji menjadi alat kepada kerajaan dalam menyuntik modal di dalam 1MDB serta tuduhan penyelewengan kewangan didalam Tabung Haji tersebar, beliau begitu mudah percaya sehingga memuat naik status memerli Tabung Haji.

Setelah semua penipuan Rafizi ini dibongkar, sehingga kini, Siti Nurhaliza enggan meminta maaf atau menarik semula kenyataannya. Malah beliau lebih selesa mendiamkan diri tanpa sedikit pun mengulas mengenainya.

Ini adalah damage yang dilakukan oleh Rafizi terhadap Tabung Haji. Selain Siti Nurhaliza, ramai lagi individu yang termakan dengan hasutannya sehingga ada yang tergamak menutup terus akaun simpanan Tabung Haji milik mereka, kononnya termakan dengan hasutan Rafizi.

Benar bak kata orang, kebodohan orang lain nampak, tetapi kebodohan diri sendiri buat-buat lupa dan tidak nampak. Hari ini, setelah Tabung Haji menyerlahkan apa yang sebenarnya yang berlaku dan pemberian bonus kepada pendepositnya, baik Rafizi, Siti Nurhaliza dan ramai pihak lagi terus memekakkan telinga dan membisu.

Mereka lebih selesa menjulang ego mereka dari meminta maaf dan mengakui kekhilafan diri kerana termakan dengan hasutan individu yang sememangnya dilabelkan Raja Fitnah Malaysia, Rafizi Ramli. Lebih dikesali, Siti Nurhaliza yang dilihat sebagai ikon seni hiburan Malaysia, terlalu ego dan biadab, enggan mengakui kesilapan yang telah beliau lakukan.

Mungkin beliau tidak perlu ambil peduli akan hal ini, kerana beliau sudah terlalu kaya jika dibanding dengan mereka yang berada di luar bandar. Namun, hasil kenyataan yang telah diviralkan ini, sedikit sebanyak mempengaruhi ramai orang di luar sana. Tidak mengapa Datuk Siti. Anda merupakan selebriti “maksum” di Malaysia ini. Tiada apa salahnya bagi pihak Datuk Siti. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment