Wednesday, February 10, 2016

Buaya-Buaya Di Kuching Perlu Dibunuh Demi Keselamatan Penduduk?

** EDS NOTE: GRAPHIC CONTENT **The severed lower left arm of a Taiwanese veterinarian is seen in the jaws of a crocodile, Wednesday, April 11, 2007, at the Shoushan Zoo in Kaohsiung, 350 kilometers (217 miles) south west of Taipei, Taiwan. Chang Po-yu's lower left arm was bitten off by the crocodile when he tried to pull a tranquilizer dart from the reptile's body. Two bullets were shot at the crocodile but it was unharmed. Chang went through emergency surgery to have his limb reattached. (AP Photo/Steve Chen) ** TAIWAN OUT**
Penduduk di Bandaraya Kuching bukan sahaja gelisah dengan tragedi banjir yang menimpa beberapa kawasan berhampiran, malah turut gempar dengan berita seekor buaya dipercayai telah mengigit seorang lelaki yang mengakibatkan dua batang giginya tercabut.

 
Menurut laporan RTM Tv1, seorang lelaki telah digigit oleh seekor buaya semasa mangsa sedang meredah air untuk menyelamatkan diri petang Isnin.

Lebih gempar lagi dua batang gigi buaya tersebut telah melekat di bahagian paha mangsa yang akhirnya di bawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Umum Sarawak petang itu juga.

Insiden yang pertama kali berlaku itu terjadi apabila mangsa, Shakawi Suhaili sedang meredah air di kawasan rumahnya di Kampung Tupong Ulu.

Gara-gara peristiwa ini diviralkan, ada pihak yang menyarankan agar semua buaya-buaya yang berada di seluruh kawasan Kuching dibunuh mati demi memastikan nyawa orang ramai tidak menjadi korban, mahupun perkara-perkara tidak diingini berlaku.

Bagi netizen, nyawa orang ramai jauh lebih ‘mahal’ berbanding spesis binatang ganas ini yang amat berbahaya dan mampu meragut nyawa orang ramai jika tidak dibendung dari sekarang.

Sarawak memang terkenal dengan buaya yang amat ganas dan menggerikan.

Apatah lagi yang pernah ‘menjaga’ Sungai Batang Lupar di Seri Aman, Sarawak adalah spesis paling popular iaitu ‘Bujang Senang’.

Menurut sumber, Bujang Senang berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya yang berkulit tebal tersebut.

Ia dikatakan bermaharaja lela di sungai berkenaan sejak tahun 1941 dan telah membaham banyak penduduk tempatan sebelum berjaya ditembak mati pihak berkuasa pada 22 Mei 1992 yang lalu.

Bukan mudah untuk membunuh Bujang Senang, kerana pihak berkuasa yang dibantu oleh para pemburu Iban mengambil masa kira-kira empat jam untuk menjejaki dan membunuhnya.

Menurut mitos dari penduduk tempatan, Bujang Senang adalah jelmaan pahlawan Iban bernama Simalungun yang dikatakan telah disumpah menjadi buaya.

Oleh kerana ‘serik’ dengan peristiwa ini, tampil cadangan agar semua buaya di sekitar Kuching dibunuh dengan segera agar para penduduk Kuching tidak lagi berada dalam keadaan tidak tenteram.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment