Tuesday, February 09, 2016
Perdana Menteri Hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Anjuran MCA
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan
isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis rumah terbuka
Tahun Baharu Cina anjuran MCA.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut
menghadiri majlis itu yang diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang, di sini.
Ketibaan Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid, dengan berpakaian warna merah
di perkarangan Wisma MCA, disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA
diketuai Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi
persembahan tarian singa.
Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid yang meluangkan masa lebih sejam di
majlis itu, bersama-sama beberapa pemimpin tertinggi komponen Barisan
Nasional (BN) termasuk Liow, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan
Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam turut menggaul ‘yee sang,’
hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam
kalangan masyarakat Cina.
Turut hadir memeriahkan majlis sambutan termasuk Timbalan Presiden
MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk
Abdul Aziz Kaprawi dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
Tetamu pelbagai bangsa serta pelancong asing turut hadir memeriahkan
rumah terbuka itu yang menghidangkan pelbagai juadah dan persembahan
kebudayaan, nyanyian dan seni mempertahankan diri.
Najib ketika ditemui pemberita memberi ucapan ringkas Selamat Tahun
Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina.
Tahun Baharu Cina tahun ini (2016) dalam zodiak Cina ialah Tahun
Monyet Api, ia merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina bagi
menyambut ketibaan tahun baharu dalam kalendar Lunar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment