Thursday, February 18, 2016
Popular Dengan Sekelip Mata..... Faiz Bakal Dilelong Minggu Depan
GEORGE TOWN : Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (PFA) mahu melelong set
jersi termasuk stokin dan but milik Mohd Faiz Subri yang dipakai ketika
menjaringkan gol unik pada aksi Liga Super Selasa malam. Sepakan percuma yang dilakukan Faiz menjadi viral di seluruh dunia
dengan lencongan bola ke arah gol ketika aksi menang 4-1 ke atas Pahang
di Stadium Bandaraya.
“Set lengkap jersi yang dipakai Faiz itu akan dilelongkan di laman rasmi
FAP kemungkinan minggu depan,” jelas Bendahari PFA Datuk M Murly.
“Harga permulaan sebanyak RM100,000. Setakat ini maklum balas dari
sektor swasta dalam membantu persatuan bola sepak negeri belum
memberangsangkan. Kami mahu melihat sejauh mana peminat bola sepak dan
sektor swasta di negara ini sanggup tampil memberi sokongan terhadap
fenomena gol seperti ini (Faiz) ketika lelongan nanti,” katanya.
Lelongan itu bertujuan mengumpul dana yang akan digunakan bagi program
pembangunan bola sepak bawah 16 tahun dan pencarian bakat muda bola
sepak di negeri ini.
“Kami mahu melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat di Pulau Pinang. “Kami mahu ramai pemain seperti Faiz, yang telah menaikkan nama bola sepak Pulau Pinang dengan jaringan menarik.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment