Tuesday, February 09, 2016
Populariti Lim Guan Eng Semakin Merosot?
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa mengalami kemerosotan
populariti di kalangan penduduk negeri itu ekoran caranya menangani
isu-isu semasa yang menimbulkan banyak kemarahan dan keresahan.
Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia berkata beberapa isu
utama belum dijawab kepada umum secara menyeluruh, antaranya projek
pembinaan terowong dasar laut sejauh 6.5 kilometer dari pulau ke
Butterworth yang menelan kos RM6.3 bilion.
“Banyak persoalan berlegar antaranya kos kajian kebolehlaksanaan yang dikatakan begitu luar biasa iaitu ratusan juta ringgit.
“Memandangkan Guan Eng terkenal dengan reputasinya suka menyaman
walaupun menjadi tanggungjawab beliau sebagai pemimpin menangani
kritikan dan pendedahan media serta badan bukan kerajaan (NGO), adalah
wajar Awang bertanya,” katanya.
Menurut Awang, turut diperkatakan bantahan penduduk, Persatuan Pengguna
Pulau Pinang dan Sahabat Alam Sekitar (SAM) terhadap projek tersebut dan
Projek Sky Cab, yang tidak dilihat satu keperluan selain membawa
mudarat kepada alam sekitar.
“Maka kita tunggu bersediakah beliau memberi penjelasan lengkap berhubung kedua-dua projek mewah itu?
“Awang percaya Guan Eng tentu tidak mahu malukan orang Pulau Pinang yang rakyatnya suka telus dan berterus-terang,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment