Monday, February 01, 2016
PRN Sarawak 30 April, Penamaan Calon 18 April – Adenan
KUCHING : Tan Sri Adenan Satem membuat kejutan pada malam
Jumaat apabila mengumumkan bahawa beliau telah mengemukakan tarikh yang
dicadangkan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kepada Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).
Menurut Adenan, beliau sudah bertemu dengan SPR dan memutuskan untuk
menetapkan Sarawak bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11)
pada 30 April ini.
Malah beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak turut mengumumkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon.
Adenan mengumumkan kedua-dua tarikh itu dalam ucapannya ketika
merasmikan Seminar Persiapan Menghadapi PRN-11 Bagi Dewan Undangan
Negeri (DUN) Satok, di sini, malam Jumaat.
“Saya sudah bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan
memutuskan untuk menetapkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon dan
hari mengundi pada 30 April,” katanya.
Namun Pengarah SPR Negeri, Datuk Takun Sunggah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut.
Adenan bagaimanapun tidak mengumumkan tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan.
Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Jun 2016.
PRN Sarawak yang lalu diadakan pada 2011 dengan menyaksikan BN mengekalkan majoriti dua pertiga DUN Sarawak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment