Monday, February 01, 2016

Mukhriz Hanya Ahli MT UMNO “Turut Hadir” – Tengku Adnan

http://kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2013/04/mukhriz-mahathir-picture.jpg
KUALA LUMPUR : Tidak timbul isu sama ada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hadir atau tidak pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, kata Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya ini kerana Mukhriz hanyalah ahli MT ‘turut hadir’ (yang dilantik) bukan ahli MT yang dipilih melalui undian.

“Jadi kalau diputus tidak payah datang, tidak payah datanglah, itu saja,” katanya kepada media selepas mesyuarat MT di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata beliau juga telah memaklumkan kepada Mukhriz menerusi panggilan telefon pagi tadi supaya tidak menghadiri mesyuarat itu.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah hadir pada mesyuarat itu kira-kira pukul 3 petang sebelum meninggalkannya kira-kira sejam kemudian.

Mukhriz yang ditemui pemberita berkata beliau telah diminta berbuat demikian oleh Tengku Adnan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment