Monday, February 01, 2016
JPM Lulus RM131 Juta Bina, Baik Pulih Masjid Di Kelantan Sejak 2006
MACHANG : Jabatan Perdana Menteri (JPM) meluluskan peruntukan
berjumlah RM131 juta untuk membina dan menaik taraf masjid serta madrasah di Kelantan dalam tempoh 2006 sehingga tahun lepas.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan
Yaakub berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM10 juta turut disalurkan
kepada Parlimen Machang bagi membina empat masjid di kawasan berkenaan.
“Empat masjid berkenaan ialah Masjid Banggol Judah dengan peruntukan
RM2.5 juta, Masjid Al Bakri Ulu Sat (RM2 juta) dan Masjid Pangkal
Melerek (RM1 juta).
“Terbaharu ialah Masjid Ismaili Mukim Joh, Machang yang baharu siap
dibina berkonsepkan reka bentuk Masjid Kampung Laut,” katanya
selepas menyerahkan replika kunci Masjid Mukim Joh di sini, hari ini.
Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
(MAIK) Mohd Azri Abdul Rahman menerima replika kunci berkenaan bagi
pihak MAIK.
Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.
Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan
berkata, masjid berkenaan yang mula dibina sejak dua tahun lepas mampu
memuatkan antara 200 hingga 300 jemaah pada satu-satu masa.
Sementara itu, Makhtar ketika berucap pada majlis berkenaan berkata
JPM juga meluluskan peruntukan RM11 juta untuk membina sebuah masjid di
Ketereh yang kini dalam proses pembinaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment