Monday, February 01, 2016
Mubarak Kelantan Syukur PM Bebas Daripada Belenggu Isu Derma RM2.6 Bilion
KOTA BAHARU : Veteran UMNO Kelantan dan Majlis Bekas Wakil
Rakyat (Mubarak) Kelantan bersyukur kerana Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak telah dibebaskan daripada belenggu dakwaan
penglibatan dengan isu derma RM2.6 bilion dan isu-isu yang berkaitan
dengannya.
Pengerusi Veteran UMNO Kelantan merangkap Naib Pengerusi Kanan
Mubarak Kelantan, Datuk Rozali Isohak berkata pengumuman Peguam Negara
Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendapati perdana menteri tidak
melakukan kesalahan jenayah berhubung isu-isu tersebut adalah sesuatu
yang sangat dialu-alukan oleh anggota UMNO dan masyarakat Malaysia
amnya.
“Setelah sekian lama isu tersebut membelenggu senario politik negara
kita. Ianya dianggap sudah berakhir dengan pengumuman Tan Sri Peguam
Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rozali berkata segala dakwaan terhadap Najib berhubung isu-isu itu
jelas menunjukkan ada beberapa pihak yang cuba menjatuhkan perdana
menteri secara tidak sah.
“Veteran UMNO Kelantan berharap dengan pengumuman tersebut perdana
menteri bolehlah menumpukan perhatian kepada perkara lain yang penting
untuk pembangunan negara seperti isu kenaikan kos sara hidup yang
dihadapi rakyat,” katanya.
Rozali berkata Veteran UMNO Kelantan dan Mubarak Kelantan juga
berharap semua pihak boleh menerima keputusan tersebut dengan hati yang
terbuka.
Selasa lepas, Peguam Negara membersihkan Najib daripada sebarang
salah laku jenayah berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan SRC
International.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment