Wednesday, February 10, 2016
Rafidah Jawab Kritik
PETALING JAYA : Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz pada Rabu
berkongsi petikan kata-kata daripada Mahatma Ghandi yang dilihat sebagai
reaksi balas kepada beberapa pemimpin Umno yang mengkritiknya.
Kata-kata berkenaan bermaksud menasihatkan seseorang itu supaya berpegang teguh kepada pendirian walaupun menerima tentangan.
"Ramai orang terutama golongan jahil mahu menghukum kamu kerana bercakap
benar, betul dan kerana menjadi diri anda. Jangan sekali-kali memohon
maaf kerana betul atau kerana lebih ke hadapan daripada masa anda. Jika
anda betul dan anda tahu, ikut fikiran anda. Walaupun anda adalah
minoriti, yang benar tetap benar," demikian menurut kata-kata daripada
posting berkenaan.
Kata-kata berkenaan dipetik daripada tokoh terkenal disebalik
kemerdekaan India, Mohandas Karamchand Ghandi atau lebih dikenali
sebagai Mahatma Ghandi.
Sejak akhir-akhir ini Rafidah dilihat sering mengkritik pentadbiran
kerajaan menerusi posting di Facebook dan sidang media hingga
menimbulkan kemarahan beberapa ahli politik.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut menyelar
tindakan Rafidah kerana mengkritik isu penukaran Menteri Besar Kedah
yang disifatkannya telah menyangkal kepimpinan Presiden Umno.
Menurut Shahrizat, beliau hairan dengan pendirian Rafidah yang
dilihatnya kini sudah berubah dengan membuat pelbagai persepsi serta
andaian terhadap isu dalaman parti dan kepimpinan negara.
Selain itu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut menyifatkan komen Rafidah
mengenai kesetiaan parti sebagai 'aneh' berdasarlam tindakannya ketika
pernah menjadi Ketua Wanita Umno.
Abdul Rahman berkata, beliau melihat komen Rafidah adalah aneh kerana
beliau sendiri semasa menjadi Ketua Wanita Umno tidak pernah bersuara
mengenai dana parti dipegang proksi luar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment