Ketika penyokong Anwar berdrama kononnya beliau tahanan politik, kata Saiful, Anwar adalah tahanan jenayah.
"Beliau bukan "tahanan Politik", sebaliknya adalah "tahanan JENAYAH". Tidak ada kena juga mengena dengan penindasan Demokrasi. Juga, hentikanlah memberi dana dan sokongan, kerana ia dusta belaka," katanya.
Menulis panjang di blognya hari ini, pertanyaan Saiful mudah "Adakah saya ini bukan manusia" sehingga haknya sebagai "mangsa" dinafikan?
"Pada hemat saya, agaknya realiti dunia sekarang sudah terbalik.
"Manusia akan membela individu yang berkepentingan pada mereka, berkuasa, berpengaruh, berduit kaya-raya," kata beliau yang disabitkan mahkamah sebagai mangsa liwat bekas timbalan perdana menteri itu.
Menurutnya, Anwar telah didakwa atas kesalahan jenayah, dibicara dan di adili oleh sejumlah 9 orang Hakim ( 1- Mahkamah Tinggi, 3 - Rayuan, 5 - Persekutuan) , di mana perbicaraan telah mengambil masa yang lama, lebih kurang 7 tahun.
"Saya juga ambil maklum bahawa rata-rata mereka ini beri tekanan dari sudut "Human Rights". Namun bagaimana pula dengan saya? Saya adalah pengadu dan mangsa dalam kes ini. Adakah saya ini bukan "human"/manusia sehingga dinafikan hak sebagai mangsa secara total oleh Badan-Badan "Human Rights"?" soal Saiful.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh setelah diputuskan bersalah meliwat Saiful.
Menurut Saiful, dalam masa setahun ini beliau sedia maklum dengan gerakan mahu pun kempen oleh keluarga, penyokong serta pihak-pihak tertentu untuk membebaskan bekas ketua pembangkang itu dari penjara.
Namun, beliau mengambil pendekatan untuk tidak memberi reaksi dan membiarkannya begitu sahaja.
“Pada hemat saya, sudah cukup apabila aduan saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan dan beliau pun telah dijatuhi hukuman. Saya mahu terus ke hadapan, tutup buku,” kata Saiful.
Beliau bagaimanapun menyelar kenyataan dalam kes itu yang didakwanya berunsur penipuan dan mengelirukan dalam kes itu.
“Antara penipuan dan spin (putar belit) yang mereka (pembangkang) lakukan adalah seperti "tuduhan palsu", "tahanan politik", perbicaraan berat sebelah, tidak dapat membela diri dan sebagainya,” ujar Saiful.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment